CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 0

F1: Max Verstappen dedah rahsia kejuaraan

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:19 PM | Show all posts |Read mode

VERSTAPPEN melakar kemenangan ketiga berturut-turut musim ini selepas menguasai sebahagian besar saingan. - AFP

DOHA – Max Verstappen mendedahkan resipi kejayaannya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) terutama berjaya melakar tiga gelaran dunia berturut-turut selain melakar 10 kemenangan berturut-turut dalam perlumbaan berprestij dunia tersebut.

Katanya, antara perkara utama diletakkan sewaktu berada dalam jentera perlumbaan adalah mentaliti untuk bergelar juara dan tidak takut untuk melakukan kesilapan yang mengajar untuk menjadi lebih baik pada setiap hari.

“Saya gembira dengan apa yang saya lakukan sepanjang bergelar pelumba. Saya tidak meletakkan terlalu banyak soalan dalam fikirkan saya dan hanya mengikuti rentak dan ia berkesan untuk saya.

“Keghairahan itu harus datang dari diri sendiri , kerana jika anda tidak melakukannya, orang lain akan menjadi lebih baik. Anda harus terbuka kepada peningkatan

“Anda tidak boleh cuti atau cuti hujung minggu, anda perlu berada di sana sepanjang masa. Saya akui ia bukan sesuatu yang mudah untuk melakukannya.

“Anda perlu membuat kesilapan untuk menjadi pemandu yang lebih baik atau orang yang lebih baik. Kegagalan lalu mengajar anda sesuatu dan mengajar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ia adalah proses yang berterusan,” kata Verstappen.

Dalam pada itu, Verstappen turut mengakui dia meletakkan kepercayaan kepada pasukannya itu untuk membantunya meraih keputusan terbaik.

“Saya meletakkan kepercayaan kepada pasukan. Mereka telah berusaha dengan baik dan giliran saya untuk menyelesaikan dengan lebih baik,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... h-rahsia-kejuaraan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.048265 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list