View: 4091|Reply: 8
|
Imran Aqil Tak Bagi Isteri Pakai Turban, Suruh Pakai Stokin- Dahlia Okay, Tak Rasa Dikongkong
[Copy link]
|
|
Isteri Imran Aqil, iaitu pempengaruh, Dahlia Rizal memaklumkan suaminya tidak pernah ‘mengongkong’ ataupun menyekat soal penampilannya.
Walaupun tidak rasa dikongkong, Dahlia akui Imran ada mengawal pemakaiannya terutamanya gaya hijab yang dipakai.
Foto: IG
“Most of the time…yes (kawal pemakaian tudung). Turban tak bagi, kalau bagi pun kena tutup dada dan leher. For now stail saya adalah ‘muslimah friendly’.
“Saya rasa disayangi. Tak kongkong. ‘I never felt dikongkong’ bila bab pakaian ke apa ke.
“Kalau dia minta saya pakai sesetengah pakaian ke apa ke, dia cuma cakap pakailah stokin ke, tutup dada ke. Macam tu je,” kongsi Dahlia dalam sebuah video.
Bagi Imran pula, dia menyifatkan itu adalah tanggungjawab yang perlu dititikberat dan dipikul olehnya selepas bergelar suami.
“Saya rasa ia tanggungjawab seorang suami. Selepas saja akad nikah, perasaan saya terhadap Dahlia ia lebih mencintai dia.
“Dan dalam waktu yang sama, perasaan cemburu itu akan ada juga. Maksudnya kalau ada kawan lelaki dia keluar bersama Dahlia dan rakan-rakan perempuan lain tanpa saya. Saya tak boleh.
“Mula kena jaga batas dan perbualan. Nasihat sebegitulah,” katanya.
Dalam pada itu, Imran juga tidak terburu-buru atau memaksa dalam menegur isteri dalam membuat perubahan terutama soal pemakaian.
“Bila jadi seorang suami ini, saya rasa kena jaga start daripada lafaz, sebab risau…bukan sebab dia tak mahu dengar cakap ke apa, kita tak mahu benda tak diingini berlaku.
“Saya baca banyak kisah-kisah rumah tangga. Bukan nak cakap saya baik tapi perkara itu buat saya paranoid sikitlah. Saya cuba tapi tak adalah saya kawal sangat.
“Saya juga dapat nasihat daripada orang agar jangan terlalu terburu-buru macam paksa pakai tudung labuh, tidak begitu. Kita slow-slow tegur,” ujarnya.
Untuk info, Dahlia dan Imran disatukan pada 9 September lalu di Melaka selepas setahun mengikat tali pertunangan. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah sape2 dua makhluk ni |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar.
Overnya.
Ada yg bniqab molek dok kawen serai ja kerejanya.
Ada yg diberi adik² ngn tok laki.
Bini tu bbungkus elok @ x bukan jaminan rumahtgga aman bahagia, xbserai, xjadi benda² yg xelok.
Xsetuju xpaa..
Move along.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mau tak jeles, bini lawa kot |
|
|
|
|
|
|
|
dari X sampai ke forum dorg dua ni.. siapakah mereka.. content creator kah.. memalam makeup bagai..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|