CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

[Sabah] Rumah, kereta musnah dalam kebakaran di Semporna

[Copy link]
Post time 10-10-2023 10:37 PM | Show all posts |Read mode


OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran supaya tidak merebak ke kawasan lain.

SEMPORNA: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Pekan 2, di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.33 pagi.
Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik tiba, sebuah rumah jenis tidak kekal sudah musnah terbakar dan pasukan operasi bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera bomba.

“Turut terbakar sebuah kereta milik mangsa yang parkir berhampiran rumah terbabit,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, kepantasan pasukan bomba berjaya menyelamatkan beberapa rumah berhampiran daripada musnah terbakar.

Katanya, setakat ini, tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dan difahamkan penghuni rumah berkenaan sedang berada di luar daerah.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan lokasi kejadian selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.58 pagi.

“Kita akan menjalankan siasatan bagi mengetahui punca dan jumlah kerugian yang dialami mangsa,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.624981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list