CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga lelaki menyamar polis lakukan pemerasan ditahan

[Copy link]
Post time 10-10-2023 10:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 10-10-2023 10:12 PM

Tiga lelaki menyamar polis lakukan pemerasan ditahan

10 Oktober 2023   08:30pm







Tiga lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan pemerasan.



BALIK PULAU - Tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota polis untuk melakukan pemerasan ditahan dalam serbuan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jawa, Bayan Baru di sini, semalam.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan, suspek warga tempatan berusia 24 hingga 31 tahun itu ditahan dipercayai ketika melakukan pemerasan di rumah berkenaan.


"Polis menerima aduan berhubung kejadian terdapat tiga lelaki mendakwa sebagai anggota polis melakukan pemerasan di rumah itu dan sepasukan polis terus ke lokasi kejadian sebelum menahan mereka.

"Polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk menyemak sama ada mereka pernah terlibat dalam jenayah sama sebelum ini," menurut kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu, semakan rekod lampau mendapati dua daripada tiga suspek masing-masing memiliki empat rekod jenayah dan satu kes narkotik.


Kesemua mereka kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 384 dan 170 Kanun Keseksaan. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.043702 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list