CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1140|Reply: 5

Afdlin Shauki Nak Anak Lagi Tapi Tak Letak Harapan Tinggi, Dah Berusia

[Copy link]
Post time 10-10-2023 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata hasil perkahwinan keduanya dengan pengurusnya yang dikenali Marcella pada Ogos lalu.


Meskipun begitu, pemilik nama penuh Afdlin Shauki Aksan, 52, enggan meletakkan harapan terlalu tinggi mengenai hal tersebut memandangkan sudah berusia.






“Ada perancangan nak timang cahaya mata.


“Insya-Allah mencuba tetapi umur saya pun sudah tua,” katanya kepada Kosmo! Online selepas sidang akhbar filem Harimau Malaya The Untold Journey di sini, hari ini.


Berkongsi mengenai kehidupannya selepas kembali bergelar suami sejak dua bulan lalu, Afdlin bersyukur semuanya berjalan dengan lancar


Selain itu, isterinya juga turut memberi sokongan penuh selain sangat memahami aktiviti seninya.


“Saya gembira, seronok serta lebih tenang selain makan dan minum kembali terjaga.


“Isteri juga banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seni saya.


“Kami juga kongsi minat yang sama malah sangat memahami apa yang saya lakukan,” jelasnya.


Ditanya mengapa mengambil masa sebulan untuk mendedahkan berita pernikahan, dia hanya ingin memberi ruang kepada isteri agar lebih bersedia selain mencari tarikh yang sesuai.


“Saya sangat hormat isteri saya. Dia tak kisah kalau nak kongsi mengenai pernikahan kami tetapi saya mencari masa yang sesuai supaya dia okey dan betul-betul bersedia.


“Pada awalnya nak kongsi pada awal Ogos lalu tetapi sudah ada Pilihan Raya Negeri (PRN) pula, risau ganggu fokus,” jelas bintang filem Papadom itu.


Dalam masa sama, Afdlin memberitahu hubungan isterinya dengan anak-anak yang salah seorangnya aktres Mia Sara kini terjalin baik.


Jelasnya, majlis pernikahan jugak diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan sahaja.






“Dia dengan keluarga saya okey. Anak anak juga okey dengannya termasuk bekas isteri saya, Maria Christina Orow Abdullah.


“Anak anak beri respons yang baik. Hanya seorang anak saya hadir pada hari pernikahan namun hubungan kami semua tetap baik.


“Majlis pun memang diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Tiada majlis yang besar pun. Kasihan juga dengan isteri saya tetapi dia okey sahaja dan tiada masalah.


“Majlis diadakan hanya nak beritahu dan menghalalkan sebuah perhubungan, itu sudah cukup bagi saya,” katanya lagi tanpa mendedahkan tarikh sebenarnya hari pernikahannya.


Pada September lalu, Afdlin mendedahkan sudah menamatkan zaman dudanya dengan Marcella sejak Ogos lalu.


Afdlin dan Christina berkahwin pada 1997 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Geli aku weiii.. dah tuek cite psl kongkek kongkek kongkek
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Hat ni takde teh yg belum tumpah ya. Selamat melayari bahtera perlahwinan ke2, tp bang kau dh tua. Toksah la layan wartawan cerita pasal buat anak. Kami maklum ja
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak darjah 1
Bapak dah tak larat nak berjalan...
Hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 09:16 AM | Show all posts
antara retis yang annoying & lalang politik...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
astaga ... tajuk & gambar muka depan dah kena. muka gatal macam kucing . dah 2 kali kawen nak buat muka blush ? euwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.040851 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list