CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 1

[Kedah] Kilang sorok 180 tan metrik beras disita

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:41 PM | Show all posts |Read mode

CHAN Foong Hin menunjukkan sampel beras putih yang diperiksa di salah sebuah kilang sempena Op BPT di Alor Setar.




ALOR SETAR: Kegiatan sebuah kilang di salah sebuah daerah, di sini yang dipercayai menyorok sebanyak 180 tan metrik beras putih tempatan (BPT) dibongkar menerusi Task Force Khas Op BPT yang dijalankan, semalam.

Sitaan terhadap makanan ruji negara itu dilakukan setelah kilang terbabit didapati menyorok bekalan beras tersebut dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalam lesen.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, beras bergred Super Spesial Tempatan lima peratus (SST5) atau BPT itu ditemukan di dalam kampit jumbo.

“Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di dalam gudang tersebut dengan hasil sitaan dianggarkan bernilai RM405,000.

“Sitaan dilakukan bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Kilang-Kilang Padi) 1996 P.U (A) 626,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengetuai operasi itu di sini, hari ini.

Antara agensi dan jabatan yang terlibat dalam operasi itu adalah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS).

Foong Hin berkata, ia merupakan sitaan pertama dalam tempoh Op BPT dilaksanakan yang setakat ini merangkumi pemeriksaan terhadap lapan pemborong dan enam pengilang di negeri ini.

“Amaran keras kepada mana-mana pihak agar patuh undang-undang yang ditetapkan. Kementerian dan anggota-anggota Task Force akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja sama ada individu atau syarikat yang didapati melanggar peraturan.

“Jangan ambil kesempatan kerana ini masanya kita berganding bahu untuk menjamin kecukupan bekalan makanan yang berpatutan untuk rakyat, bukannya menekan pengguna atau pesawah demi mengaut keuntungan yang lebih,” katanya.

Katanya, jika didapati bersalah, kilang tersebut boleh didenda sehingga RM25,000 bagi kesalahan pertama dan Ketua Pengarah Pengawalan Padi dan Beras melalui notis secara bertulis boleh membatalkan atau menggantung lesen. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... etrik-beras-disita/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 09:35 PM | Show all posts
gantung je lesen.
denda tu naikkan 500k atau lebih lg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.271240 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list