CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3197|Reply: 11

Michael Ang Tak Puas Hati Tayangan Filem Pagari Bulan Dibatalkan "Finas Buat Apa?'

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) membatalkan tayangan filem Pagari Bulan di beberapa panggung wayang seluruh negara.


Susulan itu Michael Ang, mempersoalkan keputusan tersebut yang menyebabkan penerbit filem berkenaan, Raja Mukhriz Raja Ahmad dan isterinya, pelakon, Sharifah Shahora, berdepan dengan kebuntuan memandangkan syarat wajib tayang sepatutnya dalam tempoh 14 hari.


Foto: IG




“Saya turut berlakon dalam filem Pagari Bulan sebagai cameo dan banyak juga orang komen yang filem itu bagus. Para pengkritik filem pun kata bagus dan berikan rating yang tinggi untuk filem itu termasuk mereka yang kononya tak suka filem Melayu pun berikan komen yang bagus.


“Ramai kata sinematografi filem, cara pengarahan bagus dan ada unsur-unsur sejarah. Tapi masalahnya kenapa tak ada sambutan di panggung? Sebab promosi tak cukup kuat?


“Lepas itu, Finas buat apa Finas? Suka-suka panggung boleh batal tayangan semua itu, kata ada 14 hari wajib tayang? Tolonglah buat sesuatu,”katanya.




  



Michael berkata demikian dalam satu video ringkas yang dibuat menerusi platform Instagram pada malam tadi.


Menerusi video yang sama, kata Michael, dia ingin membantu sahabatnya, Shahora untuk mengajak peminat filem tempatan untuk memberi sokongan terhadap filem tersebut.


“Kepada anda semua, pergilah sokong dan tonton filem ini. Kasihanlah pada Shahora. Susah payah dia dan suami terbitkan filem ini,”katanya.


Sementara itu, menjenguk ke akaun Instagram Shahora, Utusan Malaysia mendapati, pelakon tersebut turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Finas mengurangkan tayangan filem berkenaan di beberapa buah pawagam.




  



“Bila hari Ahad dah mula orang nak tengok filem ini, kau (Finas) kurangkan panggung pula.Pada hujung minggulah orang keluar pergi tengok wayang.


“ Di laman sesawang ada, tapi bila datang kaunter tak ada tayangan,”katanya.


Dalam pada itu, pengikut Michael turut meluahkan pandangan mengenai situasi dan melihat kekurangan promosi sebagai punca filem itu tidak mendapat sambutan daripada penonton.


  



Menurut pengguna akaun Syafiqsyax, dia tidak tahu kewujudan filem ini kerana kurangnya promosi daripada pihak produksi.


“Saya sebagai penonton, tak tahu pun kewujudan filem ni. Tak promosi iklan satu hingga dua minggu sebelum tayangan. Di medium televisyen atau media sosial Tik Tok, tak ada nampak pun promosinya.


“Ini Michael yang beritahu baru saya nak kena buat carian di Youtube. Di TV itupun, tayangkanlah ‘Behind The Scene’ atau tayang 20 minit awal. Macam filem Polis Evo yang baru-baru ini,”katanya.


Ads by Kiosked
Berkongsi pandangan yang sama ialah pengguna akaun Instagram Taksukablocksaja yang menyifatkan penggunaan platform seperti Tik Tok dapat menaikkan kesedaran orang ramai mengenai tayangan filem ini.


“Filem hebat macam mana pun kalau pemasaran tak buat, tak akan jadi apa. Kenapa tak guna Tiktok, stesen tv untuk promosi trailer dan sebarkan kesedaran tentang filem ini?


“Pembikinan filem ini macam bisnes juga. Kalau orang nampak orang akan pergi tengok,”katanya.


Filem terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd ini mula ditayangkan pada 5 Oktober lalu dan dibarisi oleh pelakon hebat seperti Nazeera Sardi, Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh dan Alvin Wong. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita ni menarik sayangnya tak cukup promosi dan pelakon plak sendu walau boleh berlakon.
Iols suka pilem2 gini tp tulaaa zaman laa ni kalau kurang org buat review dan tak viral mmg payah laa nk kotak pejabat
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 02:07 PM | Show all posts
nampak kat tgv hari tu..ingatkan filem indon..tgk trailer baru tau oh filem malaysia pasal gadis pelayan zaman jepun dulu..ingat nak pegi tgk nanti
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:48 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:07 PM | Show all posts
aku pi tgk chandramukhi 2 mggu lps...masa kt panggung wyg baru tahu filem ni...mmg xtau lgsg kewujudannya...mmg lgsg x nmpk promosi kt mana2...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 04:07 PM | Show all posts
aku pi tgk chandramukhi 2 mggu lps...masa kt panggung wyg baru tahu filem ni...mmg xtau lgsg kewujudannya...mmg lgsg x nmpk promosi kt mana2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2023 04:14 PM | Show all posts
promosi tak meluas, ramai yg tak tahu kwujudan filem ni

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tau ada movie ni pn sbb ada lalu kat tik tok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
1.Mungkin citer embun dh ada , so citer ni jd klise.
2. Org msia suka hero tu laki, bkn main topic tu perempuan. Lgpun heroin tu pun kt drama pun jrg berlakon (fanbase x kuat).
3. Msian ni rmi minat jepun - anime, kerja dgn co jepun. So zmn jepun kejam dorg x heran dh.
4. Org msia berjimat-cermat. Tunggu raya 2 tahun nnti tgk kt tv free / x patriotik - suka cetak rompak nnti ada la download kt mana2.
5. Msia ni kn klu nk tgk wayang msti bwk satu rombongan - anak2 kecik ada. So klu dh theme psl comfort women, dh x boleh nk bwk budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat cter bgus level oscar klu xde promosi xdak guna

Apooo buat filem boleh knpa promote tetiba jd bangang xnk buat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem ape pulak ni?
Susah nak tahu ape yg netizen suka dan tak suka. Nak tahu mana yg akan laku/tak laku.
Tambah2 lg masa skrg ni.


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
iols tau kewujudan filem ni sbb ada thread kat forum.
iols akan tgk bila masuk tvbox/mana2 platform berbayar
skrg jaman layan anak tgk wayang smbil i tmpg rest (tido) so cerita pun sejenis sci-fi, horror, thriller, kartun. drama2 anak iols x faham
bujang2 tu kalau ada masa&pitih lebih p la tgk, kesian plak iols.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.062863 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list