CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 3

2 Pekerja Kilang Kena Tangkap Buat Bom Sendiri, Belajar Dari Laman Web

[Copy link]
Post time 9-10-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Butterworth: Penahanan lelaki warga tempatan berusia 32 tahun dan rakan serumahnya yang juga wanita warga asing berusia 38 tahun dibuat sekitar 8.30 malam, susulan polis menerima panggilan berhubung kejadian letupan yang berlaku di hadapan koridor sebuah rumah di kawasan terbabit.


Lelaki dan wanita yang juga pekerja kilang itu mempelajari cara menghasilkan bom buatan sendiri melalui laman web ditahan polis dalam serbuan di kawasan flat Taman Pandan, di sini, malam tadi.







Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita pada jam 1.05 tengahari semalam yang memaklumkan menjumpai bungkusan dipercayai bahan letupan di rumah flat berkenaan.


Menurutnya, sebelum itu wanita terbabit memaklumkan sudah berlaku kejadian letupan sekitar jam 12.56 tengahari sehingga dia menghubungi polis bagi tindakan selanjutnya.


"ihak polis yang terdiri daripada Unit Pemusnah Bom (UPB), Forensik serta Unit Anjing Pengesan (K9) kemudian digerakkan ke tempat kejadian.


"Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati bahan letupan itu adalah 'Improvised Explosive Device' (peranti letupan yang diubahsuai).


"Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara menjejaki suspek (yang meninggalkan bahan letupan berkenaan) untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


SISA bom buatan sendiri yang dijumpai seorang wanita di sebuah rumah flat di Taman Pandan. FOTO Ihsan Pembaca




Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, hasil soal siasat terhadap suspek pertama membawa kepada penemuan satu lagi bom dan peluru buatan sendiri termasuk merampas sepucuk pistol dan kerambit.


"Hasil soal siasat ke atas suspek, mereka mengaku mempelajari cara membuat bom melalui laman web dan memperoleh bahan bagi menghasilkan bahan letupan berkenaan dengan membuat pembelian dalam talian," katanya.


Jelasnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek bebas dari pengaruh dadah.


"Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2023 07:01 AM | Show all posts
Memang semudah itu ke nk belajar buat bom skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masuk dark web, bukan setakat buat bom, siap ada pemerdagangan manusia, manual mcm mana nak grooming kanak2, jual beli dadah, hacked credit cards, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mudah nak buat bom terutama org yang  ada ilmu kimia..dah tersedia bahan2 tu dlm rumah kena pandai nak campur mana satu je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:05 PM GMT+8 , Processed in 0.890636 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list