CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 909|Reply: 1

Adam Shahz Dah Tak Ada Masalah Atau Halangan Untuk Jumpa Anak

[Copy link]
Post time 9-10-2023 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Adam Shahz, 42, lega  dah tak ada masalah atau halangan untuk berjumpa anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 8, walaupun kes induk hak penjagaan penuh masih lagi dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.


Sekarang dia boleh berjumpa anaknya itu bila-bila masa mengikut kelapangan waktu walaupun hak penjagaan interim berpihak kepada bekas isteri yang juga pelakon, Fatin Afeefa.


Foto: IG




"Alhamdillah, setakat ini saya dah tiada masalah untuk berjumpa dengan anak atau mengambilnya untuk dibawa keluar berjalan. Bila-bila masa yang saya ada kelapangan waktu dan beritahu saja kepada bekas isteri, dah boleh jumpa Ivy.


"Sebagai bapa, saya sebenarnya hanya mahukan hak berjumpa anak saja. Bukan nak bergaduh atau berebut pun. Sebab itu, saya juga bersetuju untuk memberi hak penjagaan interim Ivy kepada ibunya asalkan itu yang terbaik.


"Saya juga menyerahkan segala keputusan berhubung hak penjagaan penuh untuk ditentukan mahkamah kerana apa yang paling utama, kami adalah ibu bapa kandung Ivy. Jika keputusan (penjagaan) itu nanti berpihak kepada ibunya, saya akan terima dengan baik," katanya kepada Harian Metro.


  



Adam berkata, apapun yang pasti setakat ini segala urusan pertemuannya dengan anak berjalan lancar dan dipermudahkan serta sudah beberapa kali berjumpa dengan Ivy tanpa sebarang halangan.


Episod perebutan hak penjagaan anak ini bermula apabila Adam memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas Ivy daripada Fatin Afeefa selepas mendakwa lebih dua bulan tidak dapat berjumpa dengan anak tunggalnya itu.


Pada Julai lalu selepas prosiding mahkamah, Adam bagaimanapun bersyukur kerana akhirnya Fatin sudi bertolak ansur memberinya peluang bertemu dengan Ivy setiap kali cuti sekolah.




  



Terdahulu, keputusan hak penjagaan interim itu diperoleh Fatin Afeefa pada keputusan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada 15 Ogos lalu.


Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013, namun sah bercerai pada 2017.


  



Fatin Afeefa atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin, 29, kini sudah bernikah dengan lelaki pilihan, Aliff Awang.


Selain Ivy, Fatin Afeefa turut memiliki seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian yang kini berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinan pertamanya. -CARI


Sumber:Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2023 06:44 PM | Show all posts
lah dah 42 ke umonya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040102 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list