View: 15404|Reply: 122
|
Penyanyi Keluar Bawa Parang Bila Tuan Rumah Datang Nak Bincang
[Copy link]
|
|
Pekerja swasta, Liza Mohamad, 46, memberitahu mengenai seorang penyanyi lelaki popular era 1990-an yang tidak mahu keluar dari rumah sewanya dan menjelaskan sewa rumah yang tertunggak sebanyak RM3,600.
"Dia seorang yang tidak boleh dibawa berbincang. Dia keluar dengan parang sewaktu saya datang ke rumah itu untuk berbincang," katanya kepada Harian Metro.
Penyanyi itu sudah tidak membayar sewa rumah sebanyak RM900 sebulan dan kini tertunggak dari Jun sehingga September.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/09/161708kallc8ywm87oaola.png) Foto: Harian Metro
Selain itu, bil elektrik juga tidak pernah dibayar yang kini jumlahnya hampir RM7,000.
"Saya sudah membuat empat laporan polis terhadapnya, tapi masalah masih lagi tidak dapat diselesaikan," katanya.
Liza berkata, penyanyi terbabit menyewa rumahnya itu di Setapak Indah, di sini sejak Oktober 2020 selepas kisahnya tular dan mendapat bantuan daripada Pusat Pengutan Zakat (PPZ) menerusi ejen yang membantu carikan kediaman untuk disewakan kepadanya ketika itu.
"Saya pula kebetulan memang nak sewakan rumah berkenaan pada masa itu dan bersetuju dengan kontrak sewa di antara kami yang tamat sepenuhnya pada September lalu. Tapi, malangnya sehingga kini walaupun kontrak sewa sudah tamat, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah saya.
"Saya ada datang ke rumah itu pada 18 September lalu untuk berbincang dengannya dan memohon dia sekeluarga keluar kerana saya nak menetap semula di rumah berkenaan yang juga aset peninggalan Allahyarham suami saya yang meninggal dunia pada 27 September 2019," katanya.
Liza berkata, disebabkan penyanyi itu tidak membayar sewa yang sudah tertunggak empat bulan, dia kini turut berhadapan masalah kewangan yang memerlukannya mendapat semula rumah itu untuk diduduki.
"Dia ada kata dengan saya yang sedia keluar dari rumah itu sekiranya ada kediaman lain untuknya. Selama ini pun dari Oktober 2020 sehingga September 2021, PPZ yang bayarkan sewa rumah itu. Kemudian dari Oktober 2021 hingga September tahun lalu, Baitulmal pula yang bayarkan sewa.
"Saya harap sangat pihak tertentu seperti PPZ dan Baitulmal tampil membantu saya dan carikanlah rumah lain untuk dia.
"Bil elektrik pula tidak perah dibayar sejak dia duduk di rumah itu sehingga sekarang tunggakan sudah mencecah hampir RM7,000. Oleh itu, saya harap sangat ada pihak dapat membantu sebab saya nak dia keluar dari rumah itu. Saya nak ambil khidmat guaman, tidak berkemampuan kerana bukan orang senang," katanya.
Ibu tiga anak ini berkata, dia bersedia menyelesaikan masalah itu dengan penyanyi itu secara baik di luar mahkamah, tetapi masih mengikut aturan undang-undang yang ditetapkan.
Semalam, Harian Metro melaporkan seorang wanita membuat laporan polis terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.
Malah, notis mengosongkan rumah itu juga difahamkan sudah diberi dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan mereka kekal duduk di rumah itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Parok dah nih berparang bagai....
Skeri... |
|
|
|
|
|
|
|
biasan kaca itu tersenyum memandangku kahhh
kat tred sebelah dok speku di villa indah ini |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora replied at 9-10-2023 04:52 PM
biasan kaca itu tersenyum memandangku kahhh
kat tred sebelah dok speku di villa indah ini
Biasan bukan tinggal tepi sungai ke?
Dah pindah umah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
biasan tu bukan dok hutan orang asli gombak nun ke?
ke lepas viral dok hutan dapat rumah yang zakat bayar?
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian owner. kalau halau pon tak dapat selesai masalah sbb bukan boleh setelkan bil n tunggakan semua. melainkan owner main lawyer dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
sampai 4 kali report. pulis tak bley buat apa ka. tolong halau kan ja, dah ada bukti semua dia langgar agreement |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kangkung1M at 9-10-2023 08:46 AM
Aku pon speku Biasan.
Tahun 2020, PPZ-MAIWP bagi Biasan rumah flat kat Setapak, sewa free selama setahun.
Lepas PPZ-MAIWP bayar sewa setahun, Baitulmal plak sambung bayar untuk setahun lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
@prettyuglybabe
ppz sewakan rumah kt setapak indah untuk biasan since okt 2020
so macam kena je stori ni dengan biasan
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian owner.
kalau rumah tu dibayar ppz pun, bil letrik juga ditanggung ppz? sampai rm7k tertunggak.
tapi.... ni la salah satu sebab Beni rasa tak best bila menyewa. tengah syok2 duduk, kena pindah lak sbb owner nak duduk la, anak owner nak duduk la.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan beliau masih duduk di hutan orang asli nun..
rupanya dah dapat rumah free ye..
location tu dah ngam la dengan cerita..
betul tebal kulit dah duduk free setahun lepas tu baitulmal sambung bayar..
dah bertahun masih tak mampu nak naikkan taraf hidup, bukan nasib dah tu..
itu namanya pemalas..
@Kangkung1M
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau biasan logik la nak berparang, pengotor bela kucing dan sampah bagai. Takkan di villa indah ini dia masih ada job. Kesiannya owner pula mengemis padahal rumah dia sendiri. Dah kenapa polis takda tindakan nak kena tunggu peguam datang halau ke? Kalau dah berparang ni patut polis step in la. Semoga urusan owner dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Duduk start Okt 2020.. ni dh Okt 2023.. 3 tahun bil letrik sampai 7ribu?? Average RM194 sebulan.. x kena potong plk letrik ye? |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-10-2023 05:37 PM
Kalau biasan logik la nak berparang, pengotor bela kucing dan sampah bagai. Takkan di villa indah in ...
Masa forumers berteka tekuk sejiwa iols rasa dah memang bukan dia.. Sebab masa pkp ada baca news pasal sejiwa dia stay kat kondo or medium cost apartment macam tu lah..
Nampak rumah kemas bersih terjaga... |
|
|
|
|
|
|
|
moonela replied at 9-10-2023 05:53 PM
Masa forumers berteka tekuk sejiwa iols rasa dah memang bukan dia.. Sebab masa pkp ada baca news p ...
Hati kecil iols pun tak rasa sejiwa kt thread awal tu. Skg terbukti lagi la dah ada klu ppz semua. Biasan je hidup tak serupa org |
|
|
|
|
|
|
|
Penah kena masa kecik2. Bapak iolls sewa rumah, lama gak la duduk selama 10 tahun ke atas duduk rumah tu. Tiba2 anak penyewa nak duduk rumah tu. Terus bapak iolls submit loan beli rumah haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Naluri cinta sangat
Duet dgn arwah Kak dara |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 9-10-2023 06:07 PM
Naluri cinta sangat
Duet dgn arwah Kak dara
Best lagu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 9-10-2023 05:56 PM
Hati kecil iols pun tak rasa sejiwa kt thread awal tu. Skg terbukti lagi la dah ada klu ppz semua. ...
Kan.. Macam² isu dia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kangkung1M replied at 9-10-2023 05:10 PM
Aku pon speku Biasan.
Tahun 2020, PPZ-MAIWP bagi Biasan rumah flat kat Setapak, sewa free selama s ...
La dia ni ke? Yg dlu viral smpai netizen mengata ank2 dia? Ingatkan duda a aida |
|
|
|
|
|
|
| |
|