View: 1945|Reply: 15
|
Hasil Kerja Keras, Siti Saleha Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
[Copy link]
|
|
Menang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama bersiri Hilang di Asian Academy Creative Awards (AACA 2023) Siti Saleha, 33, menyifatkan ia sebagai pengiktirafan terbesar dalam kerjaya lakonannya di peringkat antarabangsa.
Siti Saleha berkata, kemenangan itu juga cukup bermakna dalam kerjaya itu yang diceburinya sejak 13 tahun lalu.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/09/133352s2sh23u3e3344ur2.png) Foto: IG
"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan pengiktirafan yang sangat besar ini. Saya pun tak sangka menang buat kali kedua pada AACA ini.
"Kemenangan ini membuktikan segala kerja keras saya sebagai pelakon selama ini diiktiraf di luar negara sekali gus kepuasan sebagai anak seni," katanya kepada Harian Metro.
Kali pertama dia menang di AACA ialah kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama bersiri Black, dua tahun lalu.
"Walaupun saya tewas pada pelakon dari India pada peringkat akhir anugerah itu, ia cukup bermakna kerana dapat mewakili negara pada anugerah berprestij itu," katanya.
Mengulas lakonannya dalam drama bersiri Hilang pula, kata Siti Saleha, dia melakonkan watak Wangi yang juga gadis cacat penglihatan yang sudah ditayangkan tahun lalu.
"Watak Wangi sangat mencabar kerana bukan mudah untuk melakonkan watak orang buta," katanya.
Sempena kemenangan itu, Siti Saleha berkata, dia juga akan mewakili Malaysia untuk bersaing pada malam kemuncak AACA 2023 yang bakal berlangsung di Singapura, Disember ini.'
Siti Saleha juga bakal berentap dengan calon dari India, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.
"Ini tanggungjawab yang besar untuk saya membawa nama Malaysia. Jika tewas pun saya sudah anggap diri menang kerana dapat membawa nama negara ke peringkat antarabangsa," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah leha masih releven hingga skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Sally iols approved. |
|
|
|
|
|
|
|
Congratulations... semoga lebih sukses in future |
|
|
|
|
|
|
|
aik aritu kata tiz yg menang?? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun dh berbelas tahun berlakon masih pelat slang mat saleh x hilang2 tp iolls rela pejamkn mata |
|
|
|
|
|
|
|
blekkep replied at 9-10-2023 03:22 PM
aik aritu kata tiz yg menang??
Tiz kategori pelakon wanita.. Sallywho kategori pelakon pembantu |
|
|
|
|
|
|
|
KikiHadid replied at 9-10-2023 04:09 PM
Walaupun dh berbelas tahun berlakon masih pelat slang mat saleh x hilang2 tp iolls rela pejamkn mata ...
Sheols ini cantik jugak. Tapi badan gundu sikit. Dia mcm bukan kurus.
Sheols dgn bella astillah takmau buat gigi kan. Sally ini kalau buang lemak dekat pipi nak tau jgak rupa dia lagi cun. |
|
|
|
|
|
|
|
jambatannetizen replied at 9-10-2023 08:40 PM
Sheols ini cantik jugak. Tapi badan gundu sikit. Dia mcm bukan kurus.
Sheols dgn bella astillah ...
Rangka mat saleh kot chuolls..sbb tu nmpk mcm bsr walau hakikat kurus |
|
|
|
|
|
|
|
KikiHadid replied at 10-10-2023 12:03 AM
Rangka mat saleh kot chuolls..sbb tu nmpk mcm bsr walau hakikat kurus
Iols tgk masa dia celebrate Xmas, rangka mak dia besa jugak. Sheols pun jenis besa sikit. Bukan gemuk, tapi mcm besa.
Sally ini kalau buang lemak dekat pipi cantik kot. Iols tak faham knapa tak nak ubah gigi. Ada duit. |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 9-10-2023 04:12 PM
Tiz kategori pelakon wanita.. Sallywho kategori pelakon pembantu
i see. Thanks for the information sistah! |
|
|
|
|
|
|
|
maksudnye die appreciate diri sndri tanpa perlu renovate sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
xde peluang nak tgk cite Hilang..so xtau camne,cuma kalau tgk lakonan2 die sblm ni mcm biase2 je pon...mgkin dlm Hilang die kene groom habes...congrats sally wlupon ko x baca |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu kategori je ke award tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|