CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 963|Reply: 0

[Perak] Sindiran terhadap isteri tidak jadi 'kudis' buat Haris

[Copy link]
Post time 9-10-2023 12:37 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Haris’s Putra Muhammad Azizul Bahrin dan Arina Izni Ahmad Rosidi berkahwin atas dasar cinta. FOTO Ihsan Muhammad Haris’s Putra Muhammad Azizul Bahrin

Manjung: "Bini (isteri) dia besar daripada dia.. jenuh dia beli beras,"

Itu salah satu komen berbaur sindiran dilemparkan netizen kepada Muhammad Haris's Putra Muhammad Azizul Bahrin, 25, atau mesra disapa Haris selepas berkongsi gambar perkahwinan dengan Arina Izni Ahmad Rosidi, 23, yang bertubuh 'comel' di laman sosial.

Meskipun begitu, Haris yang juga orang kurang upaya (OKU) fizikal kerana kudung kaki kanan berkata, dia dan isteri tidak terkesan atau putus asa dengan komen dilemparkan tetapi menganggap ia pembakar semangat untuk terus kuat dalam mencari rezeki.

"Takkan hanya disebabkan satu dua mulut kami akan terus putus asa sedangkan ramai lagi yang mendoakan kami suami isteri.

"Isteri pun baik-baik saja dan dia wanita yang sangat hebat saya pernah jumpa.

"Ia kerana sikapnya yang penyabar dan kuat sejak hari pertama saya kenal, kalau tidak, mana mungkin dia boleh terima saya dalam keadaan begini kan?," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut, Haris yang juga pengusaha kedai makan dan atlet angkat berat Perak berkata, dia diijabkabulkan dengan Arina Izni pada 29 September lalu.

Menurutnya, mereka disatukan selepas lapan bulan bertunang.

"Saya dan isteri belajar di sekolah yang sama tetapi tak pernah bertegur cuma tahu kewujudan satu sama lain.

"Ditakdirkan, kami berjumpa semula dan mula berkenalan Disember tahun lalu ketika saya sedang membuat latihan sukan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Seri Manjung, itu pun selepas saya menegurnya.

"Sebulan selepas berkenalan iaitu pada Januari lalu, keluarga mengambil keputusan untuk masuk meminang dan merisik isteri.

"Syukur, jodoh kami panjang hingga sah menjadi suami isteri," katanya.

Haris berkata, dia tidak mempunyai ramai kenalan perempuan tapi terpikat dengan Arina Izni selepas melihat aura positif dan layanan baik isterinya itu terhadap ibu bapa serta adik beradiknya.

"Alhamdulillah Arina (nama panggilan) wanita yang sangat baik dan menerima segala kekurangan diri saya, begitu juga keluarganya.

"Sejak awal perkenalan lagi isteri dan keluarganya berjumpa dengan saya tetapi mereka tidak memandang serong kepada saya.

"Restu keluarga saya dan mentua sebenarnya yang membawa kami suami isteri ke tahap ini," katanya yang menjadi OKU selepas terbabit kemalangan ketika berusia lima tahun.

Haris berharap, ikatan perkahwinannya dengan Arina Izni sentiasa dalam keberkatan dan berkekalan hingga ke Jannah.

"Terima kasih banyak buat mereka yang mendoakan dan beri sokongan kepada kami suami isteri.

"Diharap doa yang baik berbalik kepada kalian juga dan terima kasih juga untuk yang komen negatif, semoga urusan hidup anda semua dipermudahkan Allah.

"Seperti pasangan lain, kami juga mengharap dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

"Semoga perkahwinan kami ini sedikit sebanyak dapat membuka mata dan hati orang orang di luar sana untuk menerima pasangan dengan hati terbuka walau macam mana mana rupa dan fizikal seseorang individu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... di-kudis-buat-haris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.701404 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list