View: 903|Reply: 4
|
Zizan Razak Tak Kisah Berlakon Projek Bajet Rendah Asal Skrip Berkualiti
[Copy link]
|
|
Pelakon Zizan Razak tidak kisah dibayar pada harga yang rendah sekiranya skrip sesebuah naskhah yang ditawarkan menepati cita rasanya.
Menurut pemilik nama penuh Mohd Razizan Abdul Razak, 39, menentukan hal bayaran adalah di luar bidang kuasanya tetapi tidak sesekali menolak sebarang tawaran yang berkualiti walaupun tidak mencapai bajet yang sepatutnya.
“Saya tidak boleh letak harga sesuka hati dan semuanya diserahkan kepada pengurus untuk selesaikannya.
“Namun, saya okey untuk terlibat dalam mana-mana projek bajet rendah jika hati sudah jatuh hati dengan skrip,” katanya kepada Kossmo! Online selepas sidang media drama Super Wira baru-baru ini.
Katanya, selain skrip yang bagus, kepuasan dirinya sebagai pelakon juga antara faktor yang mempengaruhi keputusannya untuk tidak terlalu menekankan soal bayaran.
“Saya tidak kisah sangat mengenai bayaran sebab ada sesetengah watak yang memang saya nak lakukan.
“Jadi, saya tak sentuh sangat tentang bajet tetapi nilainya adalah pada kualiti lakonan tersebut.
“Kepuasan pun satu benda yang saya utamakan,” katanya yang kini seronok melakonkan watak antagonis dalam beberapa buat drama dan filem.
Menerusi drama Super Wira arahan Ghaz Abu Bakar, Zizan turut bergandingan dengan Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Arena Wan, Mira Filzah dan Ezzaty Abdullah.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ni pe je projek bajet rendah yg mamat ni dh buat |
|
|
|
|
|
|
|
Ada masa awal tu yg zizan jadi hero filem Kapoww...mmg merapu abisla. Takeplah zang..duit mu pun dah belambak. Filem bajet rendah pun ok asal ada job. |
|
|
|
|
|
|
|
sembang. Sebenarnya heols akan onz kalau projek tu ada awek cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam zaman tak banyak job masuk, terima je la mana-mana pun.
Tak perlu nak berkira sangat.
Tengok fasha sandha tu, borong je semua. |
|
|
|
|
|
|
| |
|