CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 648|Reply: 2

[Politik] Kerajaan berjaya gempur naratif fitnah, perkauman sempit -PM

[Copy link]
Post time 8-10-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Perdana Menteri menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai satu bentuk kejayaan Kerajaan Perpaduan melawan naratif yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Datuk Amizar Abu Adam menandakan kerajaan berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.

Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam PRK DUN Pelangai semalam, Amizar yang mewakili BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.

Amizar memperoleh 7,324 undi, manakala Kasim dan Haslihelmy, masing-masing mendapat 4,375 dan 47 undi.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengucapkan tahniah kepada Amizar, pengundi dan barisan jentera yang menjadi tulang belakang terhadap kejayaan mengekalkan kurisi sebelum ini di sandang oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.

“Alhamdulillah, tahniah kepada Amizar yang memenangi Pilihan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/kerajaan-berjaya-gempur-naratif-fitnah-perkauman-sempit-pm/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
"Butul3...terima kasih sama ini kjaan...kita apa KAUM ka mari sini..bangla ka,indon ka,pakis ka,rohingya ka,myanmar ka,nepal  ka,negro ka...SERUPA MALEZIA WORANG JUGAK"-Asing Worang La
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2023 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang pun sebab kena sogok dgn BERASSSS jeww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053658 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list