CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 497|Reply: 0

[Perak] Lelaki disyaki rogol anak tiri sejak 2021 ditahan polis

[Copy link]
Post time 7-10-2023 04:15 PM | Show all posts |Read mode


GERIK: Perbuatan keji seorang lelaki merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu terbongkar, selepas dia diberkas polis kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, suspek berusia 41 tahun itu diberkas susulan laporan polis dibuat mangsa pada pukul 12.30 tengah hari, hari sama.

Katanya, mangsa memberitahu kejadian menimpanya kepada guru kaunseling di sekolahnya yang dia telah dirogol suspek sejak berusia sembilan tahun.

“Berdasarkan siasatan, kali terakhir suspek melakukan perlakuan terkutuk itu di sebuah pondok di dalam kawasan kebun di Air Ganda pada pukul 3 petang, Selasa lalu.

“Kanak-kanak perempuan itu telah pun dibawa untuk pemeriksaan oleh doktor pakar kanak-kanak di Hospital Taiping dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua kesan koyakan lama pada bahagian kemaluan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek yang bekerja sebagai petani itu ditahan reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol. Sebaik sahaja siasatan selesai, kita akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... 2021-ditahan-polis/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052102 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list