CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4083|Reply: 0

[Sabah] 150,000 terima manfaat Program Jualan Rahmah di Sabah

  [Copy link]
Post time 7-10-2023 09:35 AM | Show all posts |Read mode

ARMIZAN (dua, kanan) meninjau Program Jualan Rahmah di Pekan Kundasang. FOTO BERNAMA

Kundasang: Program Jualan Rahmah (PJR) yang dilaksanakan di 266 lokasi seluruh Sabah hingga Selasa lalu telah memberi manfaat kepada lebih 150,000 penduduk yang mengunjungi lokasi program itu untuk membeli barangan keperluan harian.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata melalui program itu penduduk menikmati harga barangan keperluan harian pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

"Pecahan mengikut model iaitu (jualan) di dalam premis sebanyak 242 lokasi, di luar premis enam lokasi dan secara bergerak 18 lokasi. Penganjuran PJR di seluruh negara pula merekodkan kehadiran melebihi 3.38 juta orang," katanya selepas meninjau pelaksanaan PJR di Pekan Kundasang di sini hari ini.

Mengenai PJR Pekan Kundasang, katanya program itu bermula 8.30 pagi mendapat respons yang amat baik apabila lebih 2,000 penduduk tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan harian masing-masing.

Menurutnya PJR kali ini melibatkan Pasar Raya Bataras dan menawarkan barangan keperluan harian kering dan basah serta barangan keperluan asas lain.

Sementara itu, Armizan berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan Shell Timur Sdn Bhd menarik semula rancangan awal untuk menutup operasi stesen minyak di Sabah, Sarawak dan Labuan, yang perkara itu dimaklumkan kepada kementeriannya pada Selasa lalu.

"Keputusan terkini Shell ini dapat memastikan kelancaran dan keterjaminan bekalan minyak petrol dan diesel bagi penduduk di Malaysia Timur.

"Shell juga memberikan komitmen untuk terus terlibat membekalkan produk bekalan api berkualiti tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) itu.

Dalam pada itu, pengunjung PJR Pekan Kundasang Adrien Cyril Amau, 27, berkata PJR di pekan itu penting bagi membantu penduduk terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman yang terkesan kerana terpaksa menanggung kos pengangkutan bersama kenaikan harga barang.

"Tempat kami ini di kaki Gunung Kinabalu, amat jauh dari bandar sudah tentu kos pengangkutan bawa barang amat tinggi.

"Jadi PJR seperti ini amat dinanti-nanti penduduk untuk dapatkan barang keperluan dengan harga mudah," kata mekanik jentera berat itu.

Mohd Fardaus Mohd Aman, 31, seorang pekerja hotel di sini pula berharap PJR, yang terbukti berkesan untuk membantu rakyat, dapat diadakan secara tetap dan berkala di Pekan Kundasang serta melibatkan peniaga dan petani tempatan di kawasan itu.

"Seperti kita adakan Pasar Tamu di sini setiap minggu kita juga boleh adakan PJR di tempat sama, selain Pasaraya Bataras kita ajak juga peniaga dan petani seperti pengusaha sayur dan buah di sini untuk sertai PJR.

"Bagi saya ini boleh bantu penduduk yang kebanyakannya kurang berkemampuan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lan-rahmah-di-sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.493352 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list