View: 8303|Reply: 5
|
Fauziah Nawi Berang Ada Individu Guna Gambarnya Untuk Mengata Ekin Mawi
[Copy link]
|
|
"Nak mengata orang lain tetapi guna gambar saya. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sudah buat laporan akaun palsu terbabit," kata Datuk Fauziah Nawi, 70 mengulas mengenai pemilik akaun X menggunakan nama Kak Jah Sungai Dua yang menyamar dan menggunakan gambarnya.
Menurut Fauziah, dia memang memiliki satu akaun Twitter tetapi kurang aktif berbanding akaun media sosialnya yang lain.
Foto: Harian Metro
"Saya ingin maklumkan, akaun Twitter, Kak Jah Sungai Dua itu bukan akaun saya.
"Saya juga jarang baca isu yang tular di media sosial termasuk isu yang mengaitkan pasangan selebriti Mawi dan Ekin seperti dikongsikan pemilik akaun terbabit," katanya kepada Harian Metro.
Fauziah berharap pengikutnya tidak terpedaya dengan kewujudan beberapa akaun media sosial palsu yang menyamar dan menggunakan nama serta gambarnya di media sosial ketika ini.
Menurut Fauziah, dia hanya memiliki satu akaun Facebook, dua akaun di aplikasi TikTok dan satu akaun di laman Twitter.
"Saya hanya aktif di laman Facebook kerana suka menulis mengenai bidang seni. Sebelum ini, ada pemilik akaun palsu yang menyamar menjadi saya di Facebook tetapi saya sudah buat laporan dan akaun itu sudah tidak wujud.
"Saya juga dapat tahu mengenai akaun palsu yang guna gambar saya di TikTok tetapi saya percaya peminat boleh bezakan itu akaun saya atau akaun palsu," katanya.
Mengenai akaun di media sosial, kata Fauziah, dia juga menggunakan laman sosial untuk berkongsi perkembangan karier seni.
"Saya memang tidak suka ambil tahu atau bercerita hal orang lain dan lebih kepada menulis mengenai diri sendiri.
"Ada juga saya menulis keluhan rakan artis yang mengadu tiada 'job' di Facebook kerana ingin membantu mereka.
"ada masa sama, saya juga menggunakan media sosial untuk mempromosikan rakan artis berniaga dan ada juga orang yang saya tidak kenal pun saya bantu," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
kakjah sungai dua ni account trolling kat twitter kan..
muka acik pojiah nawi ke??
mcm pelik2 ajew |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 9-10-2023 11:16 AM
kakjah sungai dua ni account trolling kat twitter kan..
muka acik pojiah nawi ke??
mcm pelik2 ajew
Bukan akaun troll .dulu2 aku penah dengar suara dia melalak.aku x paham kenapa acik pojiah sampai nak buat report.setiap pic profile kt X kena muka sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg tu memang muka atok pojiah..
Kak jah ni pun letak la muka sendiri. Amkk muka tok pojiah marah la dia.. baru dapat pangkat dato dah kena cilok gambo..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakjah sungai dua letak muka sendirilah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|