View: 8717|Reply: 5
|
7 Tahun Kahwin Belum Dapat Anak, Marsha Milan Nekad Jalani IVF
[Copy link]
|
|
Dalam usaha untuk mendapatkan anak tahun depan Marsha Milan, 37, nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF)
Katanya selepas melalui proses perbincangan dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed, mereka akhirnya mencapai kata sepakat.
Foto: IG
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
"Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
"Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
"Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Marsha, selama tujuh tahun belum dikurniakan rezeki menimang cahaya mata, dia tidak pernah berasa tertekan dengan pertanyaan orang sekelilingnya.
"Tahun pertama berkahwin memang ada perasaan itu, tapi memasuki tahun kedua dan seterusnya saya okey saja.
"Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif.
"Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat," katanya.
Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kelak beroleh anak yang soleh dan solehah.. Aaamiin ya Allah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat rokok dia ni
Kt hosptl pun sibuk nak merokok tepi tangga
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku x faham org skrg selalu rasa kwen ni wajib kena ada ank ... padahal ada ank tu bukan tiket kita bahagia pun ..... kalau xde ank rasa mcm x guna jd pompuan gitu .. |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 6-10-2023 07:08 PM
Kuat rokok dia ni
Kt hosptl pun sibuk nak merokok tepi tangga
Patutlah.
Susah nak conceive if selalu berasap.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tua sangat ke 40 baru nak buat ivf? |
|
|
|
|
|
|
| |
|