CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2467|Reply: 23

Arak: Pemuda PAS Wilayah sokong Hasan Ali

[Copy link]
Post time 15-1-2011 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Arak: Pemuda PAS Wilayah sokong Hasan Ali                                                                                                               
                                        Harakahdaily                                         

KUALA LUMPUR, 14 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak.
Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.
Dalam hal ini, katanya DPPWP merasa kagum terhadap Hasan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam.
Tambahnya, hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya.
“Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik.
“Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda,” ujarnya.
Ini juga, tambahnya membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan Umno dan Barisan Nasional.
DPPWP juga, katanya menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini.
“Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram.
“Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah,” katanya.
Beliau menambah, DPPWP turut mengharapkan agar Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam.
Menurutnya lagi, umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 11:32 AM | Show all posts
dah termaktub dlm perintah allah
arak itu haram & yg bersangkutan dgnnyer !
sapatotnyer haramkan terus arak dari bumi mesia nie baru betol !

tapi boleh kerrrrrrr ?
nanti non-muslim tinggalkan mesia !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2011 11:41 AM | Show all posts
x leh bro.kan islam jg harmoni.kita x robohkan kuil n tapekong.
begitu gak arak n judi.
isu dan pdekatan yg sama kena buat.masing2 da besar leh pk kan.
bkn x tau hukum halal haram.
da tau lubang ada ular...jgn masuk tangan. x g2 bro!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:07 PM | Show all posts
hehehhee...Pas WP jek sokong..ingatkan Pas Pusat...nampaknya masa hadapan hassan ali amat gelap....mampukah dia bertahan sehingga penghujung karier tanpa di  buang dari Pas?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2011 01:23 PM | Show all posts
hehehhee...Pas WP jek sokong..ingatkan Pas Pusat...nampaknya masa hadapan hassan ali amat gelap....m ...
limahchai Post at 15-1-2011 13:07



    knp ckp cmni?
aku sokong HA bab arak ni
aku x sokong bab dia boleh kerjsama dgn SUK Khusrin.
aku pun heran adakala HA punya pndgn berbeda dgn Pas Pusat,payah la cmni
ptt dia kena hormat apa PAS Pusat putuskan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 01:59 PM | Show all posts
arak itu haram...rasuah itu halal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2011 07:49 PM | Show all posts
benda nie mmg boleh d laksana kan...n sikit pun x akan mengugat org2 bukan islam
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 08:39 PM | Show all posts
jasmani Post at 15-1-2011 10:29



   
hahrahrahr..sorry bro..
bukan nak kata apa la...
apa logiknya PAS (specificnya Hassan Ali), nak mengharamkan arak di Selangor ???
hanay buat satetement tanpa tindakan, berlagak hero champion ISLAM...

TAPI.......
waktu yg sama PKR-Khalid gagap menghalalkannya di jual di gerai2 serbaneka sekitar selangor...
waktu yg sama DAP-Ronnie Liu melarang pengharaman MPSJ dan arahan menarik balik akta tersebut...

apa PAS boleh buat dgn 'abang2' kandung dia tu?
PADA AKU PAS MASIH TETAP KUDA TUNGGANGAN DI SELANGOR...
lebih tepat 'KUDA TEMPANG'...kuda,kuda, kuda 'kayu'...
PAS dah tak relevan di SELANGOR...

my 2 sen...
roger out..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2011 10:32 PM | Show all posts
Reply 6# ifanonline

jgn mainkan hukum haram halal sbb boleh merosakkan akidah. Nik Aziz yg nak terima tajaan haji RM65,000 pun tak kata rasuah tu halal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 11:01 PM | Show all posts
jgn mainkan hukum haram halal sbb boleh merosakkan akidah. Nik Aziz yg nak terima tajaan haji RM65,000 pun tak kata rasuah tu halal.
abgtua Post at 15-1-2011 22:32


Ye ke TGNA ada terima TAJAAN haji RM65,000? bukan TAK JADI ke? TGNA pergi naik HAJI tak dengan TAJAAN tersebut?

Fitnah juga TIDAk PERNAH HALAL...


Apa kata SPRM?... tarak baca kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2011 11:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by hana82 at 16-1-2011 00:00

Reply 10# alhaj72
nak pegi haji kan baik guna duit sendiri , takkan la Nik aziz yg  org PAS gelar ulama tu tak tahu benda nii , Nik aziz nii nk pegi haji kena tunggu duit tajaan, duit dia tak nak usik
Pasal arak nii, PAS kena laikut dAN dgr fatwa dari khalifah roniie dan Khalifah Guan Eng, Hasan Ali mana ade gelaran Khalifah so Pas Pusat tak ikut la
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 11:38 AM | Show all posts
Reply  alhaj72
nak pegi haji kan baik guna duit sendiri , takkan la Nik aziz yg  org PAS gelar ul ...
hana82 Post at 15-1-2011 23:57


Kalau orang lain taja pun bukannya haram. Bukannya pakai duit rakyat, duit kerajaan, tapi ada orang nak taja. Aku kalau banyak duit pun, aku pun nak taja para ulama' dan solihin untuk buat perkara baik.

Terbantut pahala orang yang nak taja TGNA buat haji dek kerana fitnah melayu haprak.

Asal ulama' dan solihin, nak memfitnah memanjang. Nung, atas pentas, melayu haprak tengah menyanyi, campur laki pompuan, takde pun nak fitnah, takde pun nak cela.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 12:03 PM | Show all posts
Reply 12# alien7749


    janganlah naive sgt bro/sis. Org tu taja bersebab lah. Nudin Awang tu kan dpt projek balak. Sapa tak kenal Budin Awanng asal keja drebar Kesedar . Ini bukan fitnah bro. Dari drebar Kesedar jadi jutawan balak. lagipun kalau dia nak taja, berlambak org susah kat kelanntan ni yg dia boleh taja, kenapa nak taja Nik Aziz yg dpt gaji berpuluh ribu. Pernah dengar pepatah Melayu kata bagai menegak benang basah. Tu ko punya kerja lah tu, menegak benang basah. Tapi aku ubah sikit lah peribahasa tu , bunyi kasar sikit tapi sekadar gurauaan. Ko tu bagai menegak bulu jembut Nik Aziz yg basah. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:15 PM | Show all posts
Reply  alien7749


    janganlah naive sgt bro/sis. Org tu taja bersebab lah. Nudin Awang tu kan ...
abgtua Post at 16-1-2011 12:03


Patut Melayu susah nak maju... kalau dah drebar mesti jadi drebar laa sampai ke TUA?

Hanya kerana dia drebar... maka dia tak boleh jadi tauke balak dan jutawan?


Aku sokong orang Melayu Islam menjadi KAYA asalkan dengan JALAN yang HALAL dan BETUL...


So better selidik dulu cara dia menjadi KAYA... adakah dengan cara UMNO atau cara Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:16 PM | Show all posts
Kalau orang lain taja pun bukannya haram. Bukannya pakai duit rakyat, duit kerajaan, tapi ada or ...
alien7749 Post at 16-1-2011 11:38


Pergi Disneyland dengan tajaan duit rakyat tak pe kot?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 01:45 PM | Show all posts
Ni citer Nudin awang bagi sesapa yg nak tau kisah dia
http://theunspinners.blogspot.co ... kroni-nik-aziz.html

http://theunspinners.blogspot.co ... ni-nik-aziz_30.html

http://rockybru.com.my/2009/11/ah-nudn-awang.html

Maaf bagi salah maklumat, dia debar MArdi bukan kesedar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 01:47 PM | Show all posts
Reply 15# alhaj72


    rakyat mana yg taja sapa gi Disneyland? Kalau citer Khir Toyo tu rasanya dia pergi on his offcial capacity dan sebagai MB dia ada entitlementnya tersendiri. kalau dia nak claim lebih, report aja ke SPRM kalau kita ada dokumen
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 02:39 PM | Show all posts
Kalau Nudin Awang memang ada kes, angkat la report. Kerajaan UMNO kan hebat dengan PDRM, SPRM, biro aduan, TV3, Utusan, BH. Jangan pandai buat cerita luar pagar je, kalau berani masukla gelanggang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2011 10:43 PM | Show all posts
klu lah semua umat Islam Malaysia menyokong PAS dlm isu arak nie, rasanya tercapai hasrat HA tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2011 09:28 AM | Show all posts
Kalau Nudin Awang memang ada kes, angkat la report. Kerajaan UMNO kan hebat dengan PDRM, SPRM, biro  ...
alien7749 Post at 16-1-2011 14:39



    Msuk gelanggang?
BN mana ad telur
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.232025 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list