CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3480|Reply: 0

[Perak] Semakin ramai lelaki tampil, mengaku mangsa gangguan seksual

[Copy link]
Post time 5-10-2023 05:10 PM | Show all posts |Read mode

NANCY (tengah) bergambar bersama penerima poster ‘Katakan Tidak Kepada Gangguan Seksual’ pada majlis perasmian Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Perak. FOTO L Manimaran

Ipoh: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mengesan terdapat penambahan ketara bilangan mangsa gangguan seksual daripada kalangan lelaki.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu dikesan sepanjang 10 siri Program Jerayawara Kasih KPWKM @ Advokasi Antigangguan Seksual yang dibuat di 10 negeri bermula 6 Julai hingga 2 Oktober lalu.

Beliau berkata, ia sekali gus menampakkan hasil positif pelaksanaan program advokasi terbabit.

Katanya, pada siri pertama jerayawara di Pulau Pinang pada 6 Julai lalu, tiada rekod mengenai mangsa lelaki dicatatkan namun angka itu meningkat di jerayawara terakhir di Kedah iaitu 36 orang mengaku menjadi mangsa.

"Angka itu dicatatkan melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang mana jumlah keseluruhan mangsa bagi 10 siri jerayawara sebelum ini adalah seramai 762 mangsa, dengan 187 daripadanya adalah lelaki.

"Sepanjang turutan 10 siri sebelum ini, Pulau Pinang (tiada rekod) diikuti Sarawak (lima), Selangor (13), Negeri Sembilan (10), Melaka (24), Pahang (sembilan), Kelantan (52), Terengganu (14), Sabah (24), dan Kedah (36).

"Berdasarkan angka ini, dahulunya mangsa yang dicatatkan tidak ramai mungkin kerana mangsa tidak begitu berani namun sekarang penambahan jumlah mangsa yang dicatatkan agak ketara termasuk bagi lelaki," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Jerayawara Kasih KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Perak di sini, hari ini.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed.

Nancy berkata, berdasarkan data inventori PSSS YKN, gangguan seksual dibahagikan kepada empat tahap iaitu rendah, sederhana, tinggi, dan kritikal.

Beliau berkata, tahap rendah apabila mangsa mengalami gangguan secara gurauan yang sedikit, tahap sederhana berlaku apabila mangsa terdedah dengan gangguan lisan, gurauan menggunakan bahasa lucah serta penggunaan simbol lucah semasa berkomunikasi.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya menyedari terdapat banyak kes gangguan seksual tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurutnya, KPWKM mengambil tindakan serius bagi menangani isu terbabit dengan menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] agar dapat membantu mangsa tampil melaporkan kejadian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil selain remedi dapat diberikan kepada mangsa.

"Penguatkuasaan akta ini sudah dilaksanakan secara berperingkat bermula 28 Mac 2023, membabitkan takrifan gangguan seksual dan elemen kesedaran, pendidikan, serta pemahaman mengenai gangguan seksual kepada masyarakat," katanya.

Nancy berkata, sangat penting menguar-uarkan serta meneruskan perbincangan isu gangguan seksual memandangkan sesetengah pelaku mungkin menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham.

"Normalisasi pelakuan ini seharusnya tidak boleh berlaku. Tiada ruang langsung yang wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sa-gangguan-seksual
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.364540 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list