CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2927|Reply: 1

Zizan Nin Belum Rancang Nak Bersara Berlakon

[Copy link]
Post time 5-10-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun sudah duduk di kerusi pengarahan filem, Zizan Nin, 50 belum merancang mahu bersara dari bidang lakonan.


Katanya sekarang dia terpaksa memperlahankan karier lakonan kerana memberi fokus pada bidang pengarahan bersama syarikat produksi, Aquila Emas Sdn Bhd (AESB).


Foto: IG




"Selepas mengarah projek drama, travelog dan dokumentari, saya diberi kepercayaan oleh produksi untuk mengarah filem berjudul Sazali Meor Coco.


"Ia adalah filem sulung arahan saya selepas hampir 25 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air," katanya.


  



Bagaimanapun, kata Pelakon Harapan Lelaki, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-20 pada 2007 ini, dia masih mencuri masa untuk berlakon bila ada kelapangan.


"Saya memang rindu pada bidang lakonan dan turut menjadi 'cameo' dalam filem Sazali Meor Coco ini.


"Selain itu, saya juga dapat tawaran berlakon drama untuk stesen TV9, baru-baru ini,"katanya kepada Harian Metro.




  



Menurut Zizan, dia juga berdepan cabaran besar untuk mengarah filem kerana setnya lebih besar dan mengambil tempoh yang lama.


"Saya terpaksa merombak skrip filem ini sebanyak lapan kali kerana mahu menghasilkan naskhah yang dekat dengan media sosial seperti TikTok.


"enggambaran filem ini berlangsung pada tahun lalu. Proses 'editing' filem ini sahaja mengambil tempoh hampir setahun," katanya.


  



Ditanya pertaruhan muka baharu sebagai teraju utama filem Sazali Meor Coco, kata Zizan, mereka dipilih menerusi sesi uji bakat dilakukan produksi sebelum ini.


"ihak kami memang mencari wajah baru untuk ditampilkan dalam filem ini.


  



"Saya juga ada dapat maklum balas di laman Twitter, ramai yang tidak mahu pelakon yang sama sahaja muncul dalam filem," katanya yang juga Penerbit Eksekutif AESB.


Filem Sazali Meor Coco lakonan Syazani Zikry, Shah Radhi dan Iman Zulkarnain ini akan ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 16 November nanti. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu suka tengok dia ni. Cute
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.114611 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list