View: 2990|Reply: 3
|
Yuna Harap Lebih Ramai Hargai Hasil Kerja Penggiat Seni
[Copy link]
|
|
Penyanyi, Yuna meluahkan harapannya agar hasil kerja penggiat seni diberikan bayaran setimpal.
Penggiat seni suara yang mencipta nama di Amerika Syarikat itu berkata, anak seni berkorban dengan menghabiskan masa yang lama untuk menghasilkan buah tangan terbaik buat pendengar.
“Kadangkala kami berharap orang tahu kesukaran yang kami hadapi, tapi orang tak akan tahu sebab kami tidak meletakkan kamera di keliling kami.
“Adakalanya saya ingin orang faham keberanian yang kami pertaruhkan untuk setiap karya, bagaimana kami luangkan masa 10 hingga 12 jam untuk proses kreatif dan tidak berganjak hingga berpuas hati.
“Walaupun kami sudah berusaha sekuat itu, bukan semua orang menghargai hasil kerja kami,” tulisnya dalam Instagram.
Menyertakan gambar sedang menikmati secangkir kopi, Yuna turut maklum kehidupan selebriti dalam media sosial sentiasa dilihat hebat.
Namun katanya, artis juga seperti insan biasa lain yang mempunyai kerisauan terutama terhadap perjalanan kerjaya mereka.
“Artis diminta muat naik gambar yang cantik dan jadi misteri, berpura-pura bahawa hidupa sebagai artis itu hebat tetapi saya harap orang dapat melihat betapa gembiranya saya apabila menerima notifikasi ada peminat baru dan tersenyum sendiri.
“Tengok kami gembira apabila melihat angka pendengar di platform penstriman naik atau macam mana sukarnya kami untuk tidur apabila memikirkan masa hadapan sekiranya tiada lagi yang sudi mendengar muzik kami,” tulisnya lagi.
Penyanyi berusia 36 tahun yang meraih pengiktirafan dalam dan luar negara itu juga tidak ketinggalan menzahirkan terima kasih kepada peminat yang membeli tiket konsert YUNAVERSE.
Sumber: HibGlam |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yg hargai...tp hasil seni orang lain ler. Kwang3 |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai rengsanya la tengok pesen tutup rambut tapi claim berhijab ni.
Acik yuna, sila la contohi dik masha mashitah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Cleaner tukang kutip sampah rilex je x dihargai diorg tu lg function utk dunia |
|
|
|
|
|
|
| |
|