View: 3912|Reply: 6
|
Alif Satar Dedah Pernah Berlatih Bola Sepak Dengan Bintang Manchester United
[Copy link]
|
|
Alif Satar baru-baru ini berkongsi sijil terpilih berlatih bola sepak bersama kelab Manchester United sekitar tahun 2000.
Katanya, dia turut diberikan peluang berlatih di bawah bekas pemain pertahanan Manchester United, Wes Brown dan bekas pemain tengah pasukan bola sepak itu iaitu Paul Scholes.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202310/05/134001piid7itzqt210rrl.png) Foto: IG
"Kalau saya kongsi pernah berlatih dengan kelab bola sepak Manchester United pasti ada yang tidak percaya kan? Imbas semula momen indah sekitar tahun 2000 hingga 2001.
"Kalau nak diikutkan mungkin lari bawah sikit saja dari David Beckham. Mama dan ayah setiap minggu hantar ke latihan bola sepak di bawah Kelab Bola Sri Rampai dan ketika itu ada pemilihan di bawah umur 12 tahun untuk berlatih bersama pemain kelab Manchester United.
"Saya terpilih antara 70 kanak-kanak yang tersenarai ketika itu. Antara momen best adalah belajar 'heading' dengan Wes Brown dan 'shoot' bola dengan Scholes. Memang epik!
"Cuma ketika itu tidak ada kamera telefon bimbit untuk mengabdikan momen itu seperti sekarang ini. Cuma sijil ini saja sebagai kenangan. Ada tak geng yang sama berlatih dengan saya ketika ini?," tulis Alif.
Selain dikenali dalam dunia hiburan, Alif juga aktif dalam bidang sukan fizikal.
Alif turut pernah terbabit dalam Ironman yang diadakan di Langkawi dan digelar 'Ironman' oleh peminat dan juga rakan artis.
Terdahulu, Alif mengakui, Ironman Langkawi 2019 memberikan cabaran besar, terutama apabila terpaksa berbasikal sejauh 180 kilometer.
"Sewaktu kecil saya memang ada cita-cita hendak menjadi atlet, jadi segala sukan seperti taekwondo, silat, renang, merentas desa dan semuanya saya masuk.
"Tapi apabila membabitkan bola sepak, memang istimewa sedikit kerana saya memang mempunyai bakat dalam sukan itu," kongsinya.
Perkongsian itu menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya yang menyifatkan pencapaian Alif sebagai inspirasi untuk mengukir kecemerlangan dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Mampu tengok je lahhh dari atas ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pun sekor terpaling lah. Tp x terkejut pun ank orka. Bosan asyik cite dia je. Mana2 pun dia. Boring |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha: Dia ni pun sekor terpaling lah ... .entah knp org dok sanjung dia konon clean sgt..muntah... |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 6-10-2023 09:10 AM
.entah knp org dok sanjung dia konon clean sgt..muntah...
kepoyooan minik dah jangkit kat dia kot |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tgk Netfilx Beckham ke nih alipp? |
|
|
|
|
|
|
|
All rounders heols ni. Ok je die nk kongsi pon, for his fans, bukan dia paksa hangpa baca pon. Pfffft. Kalau dah cpt annoyed tu, xpayahla nk invested sgt dgn cerita, life retis. Bingai punye acik forumer kepam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|