CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2442|Reply: 0

[Kedah] Sisa kayu balak, pasir ancam nyawa mangsa banjir

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Haslizan melihat sisa-sisa kayu balak yang tersangkut di jambatan berhampiran rumahnya di Kampung Padang Empang, Baling semalam.

BALING – Penduduk Kampung Padang Empang di sini dan kawasan berhampiran memohon agar sisa kayu balak, batang dan ranting pokok serta pasir yang memenuhi kawasan tebing Sungai Kupang dan halaman rumah dibersihkan segera.

Seorang penduduk, Haslizan Abu Hasan, 40, berkata, biarpun hampir seminggu kejadian banjir kilat berlaku, namun sehingga kini sampah-sarap termasuk barangan milik penduduk yang rosak akibat dihanyutkan arus masih dibiarkan begitu sahaja.

“Sama seperti banjir kepala air tahun lalu, kali ini arus deras turut membawa sisa-sisa kayu balak yang banyak berbanding kejadian lalu. Tiga jambatan di sebelah atas telah runtuh dan kayu-kayu balak tersangkut di jambatan yang berada di hadapan rumah saya ini.

“Sehingga hari ini (semalam), tiada pihak yang datang untuk membantu mengeluarkan kayu-kayu ini dan kami bimbang jika berlaku hujan lebat, air tidak dapat mengalir dengan baik sekali gus merosakkan satu-satunya jambatan yang ada ini,” katanya.

Katanya, jika jambatan itu runtuh, sebahagian penduduk akan terperangkap kerana sudah tiada laluan untuk menyelamatkan diri.

“Kami tidak mampu nak cuci sisa-sisa banjir itu kerana per­belanjaan untuk menyewa jentera berat melakukan kerja-kerja pembersihan sangat mahal.

“Rumah kami pun belum di­bersihkan sepenuhnya. Masih terdapat barangan rumah seperti tilam, tikar getah, pakaian, barangan elektrik dan perabot belum dicuci.

“Setakat ini hanya saya dan isteri serta anak-anak sahaja yang melakukan kerja-kerja pembersihan, pihak lain sama ada pihak kerajaan ataupun swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO), belum ada yang datang membantu,” ujarnya.


Aminah terpaksa ‘meranduk’ air sungai untuk ke seberang sekiranya mahu ke kedai atau urusan lain.

Penduduk lain, Mohd. Nazrul Ramli, 35, berkata, dia terpaksa mengeluarkan belanja sendiri menyewa jentera berat bagi membersihkan halaman rumah yang dipenuhi lumpur dan pasir memandangkan tiada pihak yang membantu biarpun telah seminggu.

“NGO yang datang hanya membantu daripada segi bekalan makanan seperti beras, gula, kopi, tepung dan sebagainya, namun ada sesetengah mangsa yang tidak menerima bantuan,” dakwanya.

Ceritanya, perasaan trauma masih menyelubungi mereka setiap kali terpandang awan gelap dan cuaca mendung.

“Saya berharap jambatan lebih kukuh dapat dibina secepat mungkin bagi memudahkan penduduk kampung berulang-alik dari rumah ke jalan besar yang jarak­nya kira-kira 200 meter,” katanya.

Aminah Che Meh, 43, berkata, setiap hari dia terpaksa meredah air sungai sekiranya hendak ke kedai atau ada urusan lain kerana jambatan depan rumahnya runtuh.

“Setiap hari saya akan bantu ibu membeli barangan keperluan dapur.

“Hari ini (semalam) airnya tidak dalam tetapi sebelum ini walaupun air sungai separas pinggang, saya terpaksa menyeberangi juga kerana saya takut hendak bawa kereta melalui jambatan yang tidak runtuh itu kerana strukturnya tidak kuat,” katanya.

Tambahnya, dia terpaksa membawa kain batik dan pakaian lain untuk dipakainya ketika menyeberang sungai, kemudian akan menumpang rumah jiran di seberang sungai untuk menyalin pakaian basah dan tinggalkan keretanya di situ.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... yawa-mangsa-banjir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.188996 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list