CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 889|Reply: 0

[Kedah] Ibu bapa sebak terima skrol diploma arwah anak sulung

[Copy link]
Post time 4-10-2023 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 4-10-2023 07:31 PM

Ibu bapa sebak terima skrol diploma arwah anak sulung

oleh   WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR  04 Oktober 2023   04:44pm





Ahmad Hazami Hassan (kanan) dan Isterinya, Hartini Abdul Rahim (dua kiri) menerima skrol mewakili arwah anak mereka pada Majlis Konvokesyen kali ke-17 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di Dewan Mu’adzam Shah, Kulim. FOTO PTSB




KULIM - Sepasang suami isteri sebak sebaik nama mereka diumumkan untuk menerima skrol bagi mewakili arwah anak mereka pada Majlis Konvokesyen kali ke-17 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) di Dewan Mu’adzam Shah, dekat sini.

Ahmad Hazami Hassan, 53 berkata, anaknya, Allahyarharmah Aein Hatirah, 24, adalah graduan Diploma Pemasaran dan merupakan puteri sulung daripada empat orang cahaya matanya.


Menurutnya, dia dan isterinya, Hartini Abdul Rahim, 53 menyimpan hasrat besar untuk hadir meraikan hari graduasi anak mereka itu sejak hari pertama mendaftar masuk ke PTSB sekitar tiga tahun yang lalu namun reda dengan ketentuan dari ALLAH SWT.

“Kami amat terharu. Terima kasih PTSB kerana menjemput kami dan mengadakan sesi khas penyerahan diploma ini. Pemergian Kak Yong pada 30 Oktober 2022 lalu penyudahnya amat baik sekali dan kami sekeluarga reda dengan ketentuan-Nya.


"Tiada siapa menjangkakan beliau akan pergi buat selamanya kerana tiada sebarang tanda yang ditunjukkan, tambahan pula beliau tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan atau penyakit serius," katanya dengan perasaan hiba pada majlis yang diadakan pada Ahad.

Ujarnya, Allahyarhamah sempat menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Pemasaran di UniKL malah turut menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian yang lebih tinggi sehingga ke peringkat doktor falsafah.


Seramai 1,178 graduan diraikan sempena Majlis Konvokesyen kali ke-17 PTSB yang diadakan pada Ahad dan Isnin lalu yang merangkumi empat sidang.

Daripada jumlah tersebut seramai 360 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 201 graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 265 graduan Jabatan Kejuruteraan Awam dan 352 graduan Jabatan Perdagangan.


Sementara itu, Pengarah PTSB, Mohd Ruzi Hamzah berkata, bagi tahun ini politeknik tersebut berjaya mencatat 94.7 peratus kebolehpasaran graduan.

Menurutnya, sejak dua dekad penubuhan PTSB bermula pada tahun 2003 hingga kini menjadikan jumlah keseluruhan graduan yang dihasilkan telah mencecah 22,164 orang.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.111560 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list