CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2899|Reply: 0

[Selangor] MBPJ tidak kena bayaran turap jalan kepada pemilik rumah

[Copy link]
Post time 4-10-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tidak mengenakan sebarang caj atau bayaran kepada pemilik rumah bagi kerja penurapan jalan dilaksanakan kontraktor yang dilantiknya.

MBPJ berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemakluman kepada penduduk terbabit sebelum kerja penurapan jalan dilaksanakan.

"Perkara ini jelas dinyatakan dalam notis penurapan jalan perkara 3 (3.1) yang menjelaskan penduduk dinasihatkan tidak memberi sebarang bayaran kepada pihakmengambil kesempatan menawarkan perkhidmatan mereka menurap jalan masuk ke rumah (house entrance) di hadapan kediamannya.

"Untuk makluman jalan masuk ke rumah (house entrance) akan diturap secara percuma oleh MBPJ," katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mengulas mengenai aduan penduduk yang mendakwa kontraktor mengenakan caj bayaran untuk penurapan jalan di laluan keluar masuk rumah, MBPJ menjelaskan perkara itu membabitkan kontraktor luar dan bukan kontraktor dilantiknya.

Katanya, orang ramai diminta membuat laporan polis serta memaklumkan perkara berkaitan caj penurapan jalan kepada unit aduan MBPJ di talian bebas tol MBPJ 03-7954 2020.

"Orang ramai juga boleh melaporkan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama MBPJ yang meminta bayaran kerja penurapan jalan dengan menyalurkan aduan melalui emel, [email protected] untuk tindakan lanjut," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... epada-pemilik-rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.107782 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list