CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri agih 45 bot penyelamat bantu tangani banjir

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Hajiji (tengah) menyerahkan jaket keselamatan dan bot penyelamat kepada Hamsa untuk kegunaan JBPM mengendalikan tugas ketika banjir. - Foto ihsan Jabatan Ketua Menteri

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengagihkan 45 bot penyelamat yang akan digunakan sebagai persediaan menghadapi banjir terutama di daerah yang kerap digenangi air.

Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri, Datuk Awang Shahminan Awang Sahari berkata, semua bot disertakan dengan jaket keselamatan serta enjin berkeupayaan 15hp dan alat penarik bot.

Beliau yang juga Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, 15 daripada bot itu diberikan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, manakala enam daerah iaitu Kota Kinabalu, Kota Belud, Papar, Tuaran Sipitang dan Tongod menerima masing-masing dua bot dan masing-masing tiga bot bagi Pitas, Kota Marudu, Penampang, Tenom, Beaufort dan Paitan.

"Setiap bot boleh menempatkan enam individu dan pemilihan bot jenis gentian berdasarkan spesifikasi ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).


"Penyerahan bot ini diharap membantu dalam pengurusan bantuan dengan lebih lancar semasa banjir di negeri ini, sekali gus menjamin keselamatan mangsa," katanya pada majlis penyerahan bot penyelamat disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM negeri, Hamsa Isnurdini berkata, sebelum ini pihaknya mempunyai 57 bot, namun jumlah itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan keseluruhan negeri ini.

Justeru, katanya, penambahan 15 bot penyelamat akan menambah kekuatan sedia ada dalam melaksanakan operasi menyelamat pada musim banjir, malah penggunaan bot gentian lebih ringan dan boleh bergerak di kawasan cetek berbanding bot jenis aluminium sedia ada.
https://www.bharian.com.my/berit ... antu-tangani-banjir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058216 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list