View: 3338|Reply: 6
|
[Tempatan]
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong: Belanjawan 2024 bantu peniaga, tingkat pelaburan domestik negara
[Copy link]
|
|
Belanjawan 2024 bantu peniaga, tingkat pelaburan domestik negara
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... an-domestik-negara/
Oleh HARRITH HISHAM
4 Oktober 2023, 1:31 pm
Steven Sim ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pusat Penghantaran Serantau (RDC) Allianz Asia, di Hotel Aloft, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK/ KOSMO!
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 13 Oktober ini.
Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong berkata, usaha itu selari dengan pelan Naratif Ekonomi Madani (NEM) sekali gus meningkatkan pelaburan langsung domestik (DDI).
Menurutnya, dua perkara tersebut (PKS dan DDI) merupakan antara petunjuk prestasi utama (KPI) yang diletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
“Kerajaan akan terus memperbanyakkan usaha untuk mendapatkan pelaburan langsung asing (FDI) tetapi kita juga melihat kepada DDI sebagai salah satu KPI kerajaan.
“Ini kerana kita tahu perniagaan di Malaysia terutama PKS memerlukan banyak dukungan selepas berdepan dengan pandemik serta berada dalam keadaan ekonomi global yang agak perlahan sekarang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pusat Penghantaran Serantau (RDC) Allianz Asia, di Hotel Aloft, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, Belanjawan 2024 yang dirangka menerusi agenda NEM mempunyai dua teras utama iaitu menaikkan siling dan lantai ekonomi.
“Menaikkan siling maksudnya bagaimana kita dapat menstrukturkan semula ekonomi supaya PKS boleh bersaing dalam sektor yang lebih bernilai tinggi bukan sahaja di peringkat Malaysia, tetapi di peringkat antarabangsa.
“Selain itu, menaikkan lantai pula merujuk kepada taraf hidup dan kualiti kehidupan rakyat. Jadi, dua teras ini merupakan antara prinsip yang digunakan untuk merangka belanjawan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
meolls ada soft spot sikit kat YB DAP ni ..memang follow dia di IG & salah sorg YB DAP yg mmg jaga kawasan dia. 2-3 hari lepas dia baru hantar cikgu dia pi umrah. Dia sponsor 100% cikgu & husband cikgu tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 4-10-2023 08:53 PM
Muke macam melayu..
Aaa....i 2 3 kali tilik..mana la steven ni...ingat salah gambar |
|
|
|
|
|
|
|
che_yatt replied at 4-10-2023 11:04 PM
meolls ada soft spot sikit kat YB DAP ni ..memang follow dia di IG & salah sorg YB DAP yg mmg jaga k ...
terus melayu semua terkesima melukut.di tepi gantang |
|
|
|
|
|
|
|
Kejap suruh berbelanja, kejap suruh berjimat..
Mana satu ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|