View: 7463|Reply: 82
|
Bicara Kes Hafidz Roshdi Cederakan Nurul Shuhada 6 Dan 7 Februari Tahun Depan
[Copy link]
|
|
Mahkamah Majistret menetapkan 6 dan 7 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kea Hafidz Roshdi atas dakwaan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada pada Mac lalu.
Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai majistret menetapkan tarikh perbicaraan selama dua hari itu ketika kes berkenaan disebut semula di hadapannya hari ini yang dihadiri Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Asmaa’ Zamri dan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Hafidz.
Menurut Akberdin, pihaknya sudah mengemukakan representasi terhadap pejabat Timbalan Pendakwa Raya iaitu bagi menggugurkan pertuduhan terhadap anak guamnya pada 28 September selepas menerima laporan perubatan aktor tersebut dari Hospital Shah Alam, Shah Alam.
Foto: Kosmo
“Pejabat Timbalan Pendakwa Raya akan maklumkan kepada mahkamah tentang jawapan rayuan kami.
“Pihak pembelaan ambil masa sedikit sebab pihak pendakwaan hantar anak guam saya ke Hospital Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak untuk buat analisa kesihatan mental.
“Jadi, kami pun ada lakukan pemeriksaan sendiri juga di Hospital Shah Alam dan ingin tahu tentang keputusannya. Itu antara faktor yang membuatkan kami menunggu sebelum membuat rayuan,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah Akberdin, pihaknya akan membuat rayuan kedua sekiranya keputusan rayuan tersebut negatif.
“Kalau positif, kita teruskan dengan bicara tetapi sekiranya negatif, mungkin akan failkan rayuan kedua,” ujarnya.
Terdahulu, TPR Asmaa memaklumkan mahkamah bahawa pihak pembelaan telah memfailkan representasi kepada pendakwaan.
“Pihak pembelaan telah memasukkan representasi dan ia telah diserahkan kepada pendakwaan,” ujarnya.
Pada 18 Julai lalu, pihak pembelaan mewakili Hafidz akan mengemukakan representasi terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya bagi tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pada 13 Mac lalu.
Terdahulu Mahkamah Majistret di sini diberitahu, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan pada 9 Mac lalu.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu sebelumnya telah ke Hospital Bahagia pada 29 Mac bagi menjalani pemeriksaan psikiatri sebagaimana yang diperintahkan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Pada 13 Mac lalu, Hafidz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya.
Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah Seksyen 323. – CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
Deani kerja apa skrg
Mkn pakai sape tanggung |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Biar la kt dia kan, hari p court mesti in character keras kejung d blkg akbeden....but nk ckp kt sini... while ex wife menceceh kt ig... xtau la apa yg dia nk buktikan...nk bukti kan apa, dan buktikan pd siapa, mmg xjelas...nmpk berserabut.... memanjang dgn hint²... smlm hint amek lesen memandu antarabgsa..nk ckp pe nth?? Nk mastautin ke indon ke. So shame pepuan ni. Klu btul2 strong, diam je xbyk ckp.... klu byk bunyik ni org kata sbrnya hati xtenang... hg p la kucup kaabah ke , meratapi kt raudhah ke. Digomol mkcik2 arab smpai lunyai ke..tp klw hati xtenang... susah. She should treat inner soul dulu baru create new journey xgitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau shu tu baca dlm ni nk nasihat je kt dia. Stop la pos bkn2. Ko buat la cantikkn diri ke hapa utk diri sdri bkn utk ex laki xguna tu.. bykkn solat2 sunat.. try la bkwn dgn si janda kuda tu ke bekas bini arwah abam.mtk nasihat mcm mn dorg bangkit. Ko xpyh la berharap si apiz tu akan rs nyesal cerai dgn ko. Nmpk prgai apiz weng tu mmg xde syg dkt ko lg smpi bila2 |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 4-10-2023 01:54 PM
Biar la kt dia kan, hari p court mesti in character keras kejung d blkg akbeden....but nk ckp kt si ...
Dia sentiasa hidup dlm byg2 ex laki
Adan ukee |
|
|
|
|
|
|
|
Cakkk!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Dipersilakan @mat_jerk aka Wikipedia shelop utk tepek arkib artikel berkaitan Gigi Hadid mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga apis tabah. Kuatkan diri semula. Semoga mampu bangkit semula demi anak2 tersayang. I doakan u dpt hak mutlak anak2 juga nanti. Kesian anak2 klu di tgn yg salah. Fight apis fight!! |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 4-10-2023 01:53 PM
Pihak apis jgn lupa save video ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga menang saman. Iols tak kesian langsung yach walaupun dah berpeta muka tu..iols kenal pompuan mcm ni, memang hati busuk, negatif & tak boleh dibuat kawan langsung! |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kebenaran berada di pihak Hafidz.
Amein.
Yang tahu je tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Shuringai ni aku meluat betol bila dia buat skrip utk ank2 dia. Kepala hotak ko bdk umur gitu bole memikir masalah hidup
Bangang pnye pompuan |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar tu Akberdeen dah mcm hero tamil |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by matjerk at 4-10-2023 03:16 PM
Manusiabesa replied at 4-10-2023 01:53 PM
Adehhh dah byk lah pulak rumah baru
Memandangkan kat rumah baru yg ni.. thumbnail tokerudin dah mcm herotamil sivajitheboss..so i tempek gak kat sini.. Masa kat mahkamah syariah haritu mcm imej atok2.. hari ni mcm imej herotamil terus ye...
====
Aku kopipes komen aku from rumah sebelah..
=====
Okay dh tgk latest igs shu
Dialog sama jer dgn dialog sisturrrrrr hari dulu psl "happy family" dan psl "sister hanya ada ibu je"
Kiranya template yg sama.. cuma hari tu SISTUR.. hari ni UMAR..
dialog lebih kurang camni... (sbb umar ckp pelat..ni je lah yg aku paham)
Tgh bercakap psl baby mana ntah
Shu : Dia (baby) ada mama je ker? = knp kena soal mcm ni ehhhh?
Umar : yeeeee
Shu : lagi dia ada apa lagi?? = again, knp soalan mcm ni???
Umar : dia ada abah
Shu : oo dia ada abah dia..., happy tak tgk baby tu
Umar : happy... (sambil buat muka nk nangis)
Shu : knp abang x happy???
Umar : sbb x de abahhh.
Shu : apa abang ni... abang ada...
Hek eleh... kalau hang ambik fon.. video call abah depa . Then dia akan tahu.. yg dia always ada abah..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
meols nampak dia update igs ni tadi.. btw, bukan ke patut tempat anak dia tu kat dalam car seat? sayangilah anak awak tu shu.. tak kisah la setakat pergi kedai mak limah depan rumah, hantar sister kt tadika.. keselamatan anak anak tetap diutamakan ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 4-10-2023 02:03 PM
Dia sentiasa hidup dlm byg2 ex laki
Adan ukee
"Mereka2 akan hidup dgn bayangan kita" ujar Shu kepada Puteri Sarah ketika PS masih digantung tak bertali February lps.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|