CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3654|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pegawai bank pandu lawan arus kerana panik tersalah jalan

[Copy link]
Post time 4-10-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

Lelaki cedera selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah kereta yang dipandu secara melawan arus dalam kejadian di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI

Georgetown: Panik akibat tersalah laluan dipercayai menyebabkan pemandu kereta BMW meneruskan perjalanan secara lawan arus sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain, dalam kejadian di Lebuh raya Tun Dr Lim Cheong Eu di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi siasatan awal, wanita itu mendakwa dia pergi ke restoran di kawasan Persiaran Karpal Singh kira-kira jam 12 malam sebelum kejadian.

Katanya, ketika mahu pulang, wanita yang bekerja sebagai pegawai bank itu menyedari sudah tersalah jalan dan masuk ke laluan bertentangan di lebuh raya itu.

"Dia panik dan tidak tahu hendak berpatah balik sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimanapun kita akan teruskan siasatan termasuk menilai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Sampel darah wanita itu juga sudah diambil dan dihantar ke jabatan kimia bagi analisa sama ada mengandungi dadah atau alkohol," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan mengenai seorang lelaki berusia 22 tahun yang cedera selepas kenderaan dinaikinya dirempuh sebuah kereta dipandu secara melawan arus di susur keluar Jambatan Pulau Pinang menghala Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini.

Dalam kejadian itu, kereta Perodua Bezza dipandu mangsa dikatakan dirempuh pemandu BMW 5 Series berusia 41 tahun yang dikesan memandu secara melawan arus dari arah pusat bandar.

Mengulas lanjut Soffian berkata, pada masa ini kedua-dua mangsa masih menerima rawatan di hospital.

Katanya, mangsa yang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) sudah menjalani pembedahan dan usus kecil lelaki itu terpaksa dibuang susulan kecederaan akibat kemalangan terbabit.

"Manakala pemandu BMW yang dirawat di hospital swasta ditahan selama tiga hari lagi berikutan kecederaan di dada.

"Tangkapan belum dibuat dan kita belum rakam percakapan kerana kedua-duanya masih dalam pemerhatian doktor. Keterangan akan diambil apabila mereka sudah stabil.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anik-tersalah-jalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.230923 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list