CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2913|Reply: 2

[Tempatan] Akhirnya selepas 66: Teliti semula rekaan bandar, jadikan lebih mesra pengguna, kerajaan digesa

[Copy link]
Post time 4-10-2023 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 3-10-2023 05:34 PM

Teliti semula rekaan bandar, jadikan lebih mesra pengguna, kerajaan digesa
Pakar menggesa semakan semula perancangan bandar dan garis panduan bagi memastikan pemaju membina bandar dengan laluan pejalan kaki lebih sempurna.

[size=0.8]Ameera Huda - 04 Oct 2023, 7:30am






Wan Agyl Wan Hassan menggesa laluan pejalan kaki lebih luas diwujudkan, dengan pencahayaan sempurna, tempat duduk dan rekaan bebendul jalan yang memudahkan akses bagi individu kelainan upaya.

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menyemak semula perancangan bandar dan garis panduannya bagi memastikan pemaju membina bandar dengan laluan pejalan kaki lebih sempurna.


Selama ini, kita mereka bandar lebih untuk kegunaan pemandu. Jadi rekaan laluan pejalan kaki contohnya sering dilakukan pada saat akhir, atau bukan sebagai sebahagian komponen rekaan perancangan bandar,” kata bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Wan Agyl Wan Hassan.


Beliau menggesa lebih banyak kajian dan analisis dilakukan bagi menghimpunkan maklum balas daripada masyarakat, serta memahami aliran lalu lintas sebelum mencapai strategi perancangan bandar supaya lebih mesra pejalan kaki.

Jaime Parsons, penasihat utama rekaan bandar di City of Hobart, menggesa pemakaian kaedah “DMA” – dengan mempertimbangkan kepadatan, campuran dan akses – dalam memahami bagaimana pembangunan bandar memberi kesan terhadap memudahkan orang ramai berjalan dari satu tempat ke tempat lain.


Bercakap pada Selasa di persidangan World Class Sustainable Cities di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, Parsons berkata istilah “kepadatan” merangkumi penduduk dan pekerjaan.


“Campuran” merujuk kepada fungsi pelengkap dan kegunaan utama, seperti kediaman, runcit, dan hospitaliti, manakala “akses” merujuk kepada jumlah dan jenis jalan digunakan untuk hubungan, katanya.


[Parsons berkata, “keselesaan” wajar ditambah sebagai satu metrik dalam kaedah DMA kerana kajian menunjukkan itu antara faktor utama yang menjadikannya mesra pejalan kaki.


Tiga aspek yang diperlukan mungkin sudah ada, tetapi jika banyak kawasan berbukit, laluan sempit dan rosak, serta tiada perlindungan daripada terik matahari, kemungkinan besar anda tidak mahu berjalan,” kata Parsons dalam persidangan itu.


Bagi membaiki aspek keselesaan, Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata, lebih banyak pokok teduhan perlu ditanam sepanjang laluan pejalan kaki sesuai supaya lebih nyaman bagi iklim tropika Malaysia.


Wan Agyl menggesa laluan pejalan kaki lebih luas diwujudkan, dengan pencahayaan sempurna, tempat duduk dan rekaan bebendul jalan yang membolehkan akses untuk individu kelainan upaya.


[Sementara itu, bercakap kepada FMT, Parsons berkata satu cara paling mudah untuk lebih mesra pejalan kaki di negara ini adalah dengan meningkatkan kesalinghubungan laluan pejalan kaki di stesen pengangkutan awam ke kawasan kejiranan dan pusat aktiviti.


Sim berkata, stesen mesti direka dengan kesalinghubungan di peringkat akhir perjalanan, khususnya memastikan laluan pejalan kaki sempurna.


Beliau turut menggesa pemegang taruh bergabung dan memulakan pergerakan bagi menggesa kerajaan melakukan perubahan.


Kita mesti membentuk gabungan NGO, pemimpin politik, ahli majlis, persatuan perancang dan penduduk supaya memperjuangkan laluan pejalan kaki lebih baik di kawasan bandar,” kata Sim.





[size=1.25]https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/04/teliti-semula-rekaan-bandar-jadikan-lebih-mesra-pengguna-kerajaan-digesa/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ape idea yang ade?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak memang selalu telan pil perancang keluarga, senang nak bersetubuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.074111 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list