CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3379|Reply: 4

Yasin Sulaiman Makan Ubat 10 Tablet Sehari, Nak Sambung Rawatan Di Hospital Tanjung Rambutan

[Copy link]
Post time 4-10-2023 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Lebih setahun turun naik mahkamah, Yasin Sulaiman memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin terkawal.


Katanya dia kini mengambil pelbagai jenis ubat-ubatan bagi menstabilkan keadaan dirinya.


"Saya sekarang banyak makan ubat sebanyak 10 tablet sehari dan enam jenis ubat saya makan antaranya ubat anti psychotic, anti anxiety dan ubat jantung.


"Saya sekarang dalam rawatan pemulihan sepenuhnya sebab kalau tidak mungkin tak boleh berdiri hadapan anda semua," katanya kepada mStar.


Foto: NST




Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah yang memerintahkannya membela diri berhubung pertuduhan berkenaan.


Dalam pada itu, Yasin meluahkan harapan agar dapat menyambung semula rawatan di Hospital Tanjung Rambutan.


"Saya memang jangkakan perkara ini tapi pilih untuk diamkan diri jadi panggil saksi doktor Hospital Tanjung Rambutan tadi tapi 17 Oktober nanti akan bersambung semula.


"Sebenarnya saya kena sambung rawatan Di Hospital Tanjung Rambutan tapi proses mahkamah ini lebih daripada saya jangkakan tapi tetap kena teruskan juga.


"Alhamdulilah hari ini macam permulaan baik buat saya kerana semuanya berjalan lancar, secara teknikalnya belum habis lagi jadi akan bersambung nanti," ujarnya.


Untuk rekod, mengikut pertuduhan pertama, Yasin didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, Selangor pukul 5.30 petang pada 24 Mac tahun lalu.


Bagi kesalahan itu, Yasin didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.


Pertuduhan kedua, Yasin didakwa menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah yang mana daripadanya Kanabis yang diperolehi secara terus atau tidak langsung pada tempat, waktu dan tarikh sama yang mana pertuduhan itu mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 6B(3) akta sama Kanun Keseksaan.


Hukuman bagi seksyen memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada enam kali jika sabit kesalahan.


Sementara bagi pertuduhan ketiga, Yasin didakwa memberikan dirinya dadah berbahaya jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pukul 11.05 malam pada tarikh sama.


Bagi kesalahan itu pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 15 (1) akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau dikenakan penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 09:24 AM | Show all posts
sayang la deni...
hes music is brilliant (di halwa telinga iols la)
haishh...ujian masing2 kan...
semoga dimudahkan la urusan ko bang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yassin nmpk berisi badan muka , xde la cengkung ... Moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:48 AM | Show all posts
tak tau la ia ni kawin ke tak/? tgk tv smlm ada sorang orang tua muka mat salleh, mungkin bapak dia kot... abg2 dia pn muka mat salleh,
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:40 AM | Show all posts
serios aku sikit pun x rasa kesian pd dia nih...klu dah dasar amek dadih....sebelum mendadih & tanam ganja bagai,kau x pulak fikir risikonya....better mereput dlm penjara jer...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.329507 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list