CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2544|Reply: 0

[Kedah] MyKid hanya dokumen tambahan

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

ZAMRI (dua kiri) menyerahkan sumbangan daripada warga kerja JPN kepada Mohammad Yaakub sempena Sambutan Hari Jabatan Pendaftaran Negara Peringkat Kebangsaan di Masjid Darul Murthada di Kampung Telok, hari ini. FOTO Noorazura Abdul Rahman

Sungai Petani: Kad MyKid yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun di negara ini bukan dokumen wajib yang diperlukan.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misma, berkata sejak 2021, sejumlah 160,000 permohonan MyKid diproses JPN dengan kira-kira 40,000 dokumen itu sudah diserahkan bergantung kepada bekalan mikrocip yang diterima pihaknya.

Bagaimanapun katanya, waris yang belum menerima MyKid tidak perlu bimbang dengan ketiadaannya kerana memiliki dokumen itu bukan suatu kewajipan.

"Pertama saya nak jelaskan dahulu, Mykid bukan satu dokumen yang wajib perlu ada, paling penting sijil kelahiran yang dikeluarkan JPN.

"Mykid adalah dokumen tambahan, sebenarnya tak perlu bimbang, tak perlu risau, tak akan kena tangkap kalau tiada MyKid, tak ada masalah," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Jabatan Pendaftaran Negara Kali ke-75 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Murthada Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.

Sebelum ini media melaporkan mengenai rungutan waris yang belum menerima MyKid berikutan ketiadaan bekalan kad itu di seluruh negara.

Zamri berkata, biarpun MyKid bukan kewajipan, namun bagi mereka yang mempunyai keperluan mendesak mendapatkan dokumen itu boleh menghubungi pejabat JPN terdekat.

Dalam pada itu, Zamri turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan warga kerja JPN sebanyak RM8,197.90 kepada MADAD sebagai permulaan kerjasama antara kedua-dua pihak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ya-dokumen-tambahan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.404057 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list