CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2718|Reply: 0

[Sabah] Shell tak jadi tutup 34 stesen minyak di Sabah

  [Copy link]
Post time 3-10-2023 05:21 PM | Show all posts |Read mode

Shell sebelum ini dilaporkan akan menutup stesen minyak di Sabah dan Labuan menjelang Januari tahun depan - Gambar Wikipedia

KOTA KINABALU: Shell membatalkan rancangannya untuk menutup 34 stesen minyak di Sabah menjelang Januari tahun depan, susulan siri perbincangan dengan kerajaan negeri, menurut kenyataan Jabatan Ketua Menteri Sabah di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan sama berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan berita baik itu.

"Kami telah bawa isu ini ke perhatian kerajaan Persekutuan, kami hargai cakna dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap situasi di Sabah," katanya.

Menurut kenyataan itu susulan daripada pengumuman Shell mengenai rancangan penutupan itu pada Jun lalu, Hajiji telah bertemu dengan Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman untuk membincangkan perkara berkenaan.


Sebelum ini, dilaporkan 35 stesen minyak di Sabah dan Labuan di bawah Shell Timur Sdn Bhd akan ditutup menjelang Januari tahun depan.

https://www.bharian.com.my/bisne ... sen-minyak-di-sabah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.065384 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list