CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2866|Reply: 0

[Kedah] Beri MyKad kepada warga asing bukan perkara main-main

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:24 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Sungai Petani: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan berlaku pemberian MyKad kepada warga asing dari Hong Kong dan China seperti tular di media sosial minggu lalu.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Zamri Misma berkata, banyak perkara yang ditularkan ketika ini terutama di media sosial adalah tidak tepat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Sebenarnya pengenalan diri ada pelbagai di Malaysia, pertama MyKad macam yang kebanyakan kita ada untuk warga negara.

"Kita juga ada dalam bentuk kad penduduk tetap (PR) atau kita panggil kad pengenalan merah. Jangan silap faham benda berkenaan, kadang-kadang yang kita bagi itu ialah PR," katanya ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Jabatan Pendaftaran Negara Peringkat Kebangsaan di Masjid Darul Murthada di Kampung Telok di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Murthada Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof.

Zamri berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa JPN akan memastikan integriti setiap dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan.

"Kita jamin sebab ini membabitkan dokumen keselamatan negara yang bukan perkara main-main, kita serius tentang benda macam ini," katanya.

Pada 23 September lalu, media melaporkan mesej palsu mengaitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung isu pemberian MyKad kepada warga asing yang tular di media sosial.

Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi, Tanah dan Komunikasi Pulau Pinang berkata penyebaran mesej itu adalah isu kitar semula.

Terdahulu tular di platform TikTok kenyataan yang didakwa memetik Kon Yeow sebagai berkata: 'Pemberian kad pengenalan kepada warga China dan Hong Kong adalah kuasa kerajaan negeri, kerajaan pusat tidak berhak untuk campur tangan'.

Perkara itu kemudian dinafikan beliau dan dikatakan diambil secara luar konteks sepatutnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... n-perkara-main-main

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.655076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list