CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 981|Reply: 1

[VIDEO] Netizen Terharu & Mahu Jadi Seperti Wawa Zainal Setelah Hadiahkan Sebuah Rumah Untuk Ibu Bapa!

[Copy link]
Post time 3-10-2023 03:21 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Netizen Terharu & Mahu Jadi Seperti Wawa Zainal Setelah Hadiahkan Sebuah Rumah Untuk Ibu Bapa!



Siapa yang tidak mengenali pelakon, model dan usahawan Malaysia, Nur Hawa Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Wawa Zainal adalah individu yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan kita.

Wawa Zainal memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2011 sebelum mengambil keputusan untuk berehat sebentar selepas berkahwin dengan pelakon lelaki Malaysia Suhairil Sunari atau lebih dikenali sebagai Aeril Zafrel.

Selepas Berkahwin, Wawa Zainal mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan bagi memasarkan produk kosmetik jenamanya sendiri. Kini Jenama Wawa Cosmetics mampu untuk menaja rancangan nilaian jutaan ringgit.

Peminat Terharu Lihat Wawa Banggakan Mak Ayahnya!
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Wawa Zainal yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.8 juta, tanda suka sebanyak 514 ribu dan hampir 10 ribu komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Wawa Zainal yang menghadiahkan rumah teres yang telah diubahsuai buat kedua ibu-bapanya di semenanjung. Wawa mengatakan amat susah untuk memujuk kedua ibu bapanya itu untuk berpindah dan menetap di semenanjung dan pada akhirnya mereka akur dengan permintaan Wawa itu.



Rata-rata netizen yang melihat video tersebut sebak kerana melihat Wawa dapat bahagiakan kedua orang tuanya. Mereka juga komen bahawa mereka juga mempunyai impian yang sama seperti Wawa agar dapat bahagiakan kedua ibu bapa mereka sementara masih ada.

“Allahu bertapa bahagianya rasa kalau dapat buat macam ni jugak dekat ibu bapa kita, semoga aku berjaya suatu hari nanti dan dapat membalas jasa2 mak n ayah”

“Semoga impian aku boleh macam ni jugak, aaminn semoga kita semua dipermudahkan urusan dan diluaskan rezeki selalu”

“Weii aku nangis happy wei, hope akan ada rezeki aku untuk mak ayah juga nanti”-kata mereka


Apa-apa pun, rezeki setiap orang lain-lain. Semoga suatu hari kita akan dapat membalas jasa kedua ibu bapa kita.

Apa kata anda?

Sumber:https://murai.my/2023/189845/vid ... umah-buat-mak-ayah/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cantik dia buat rumah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-8-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053370 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list