CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

[Perak] 1,604 ditahan dalam Op Dadu Khas di Perak

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Polis Perak menyerbu 1,338 premis dan menahan 1,604 individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan judi menerusi Op Dadu Khas di seluruh negeri itu bermula 1 Januari hingga 30 September lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata antara yang ditahan termasuk penjaga premis dan pemain judi.

Katanya, sebanyak 397 peralatan perjudian termasuk telefon bimbit, komputer, pencetak mudah alih dan wang tunai RM246,793 dirampas.

"Seramai 325 ditahan kerana terbabit judi dalam talian, pusat panggilan (19), loteri awam (868), judi dalam bangunan (90), judi tempat bebas (126) dan catit taruh haram (179).

"Dalam tempoh operasi ini, sebanyak 839 pertuduhan sudah dijalankan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, serbuan membabitkan judi dalam talian sebanyak 332, pusat panggilan (tiga), loteri awam (882), judi dalam bangunan (10), judi tempat bebas (21) dan catit taruh haram (140).

Menurutnya, pihak polis membuat 90 pemotongan bekalan elektrik ke atas premis-premis perjudian mengikut Seksyen 21(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Selain itu, polis sudah menjalankan sekatan ke atas 55 laman web berunsur perjudian dalam talian dan 53 permohonan pembatalan lesen perniagaan.

"Tindakan ini adalah melalui kerjasama polis bersama pihak berkuasa tempatan (PBT), Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman juga sudah membuka dua kertas siasatan ke atas ahli sindiket perjudian yang ditangkap oleh polis Perak dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dadu-khas-di-perak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 1.479199 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list