CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

[Perak] B40 tolak subsidi haji, bantu kewangan Tabung Haji

[Copy link]
Post time 3-10-2023 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Mohd Na'im (lima kiri) menyerahkan sumbangan wang tunai bernilai RM200,000 kepada 89 keluarga dari kawasan Parlimen Tambun yang terkesan dengan kejadian ribut. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Ipoh: Tindakan jemaah haji daripada golongan B40 yang menolak pemberian subsidi pada musim haji lalu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata wang berkenaan boleh dimanfaatkan oleh Tabung Haji sebagai pemberian hibah atau deviden kepada pendeposit lain.

Menurutnya, langkah itu juga membantu kewangan pendeposit yang tiba giliran menunaikan haji, namun simpanan mereka masih belum mencukupi.

"Jemaah dalam kalangan B40 yang layak menerima subsidi sepenuhnya daripada tabung haji, tetapi oleh kerana mereka sedar bahawa sebenarnya kewajipan haji itu hanya diwajibkan kepada umat Islam yang istitha'ah (berkemampuan), maka mereka tolak subsidi.

"Tabung Haji sedang memberikan pencerahan kepada masyarakat Islam khususnya kepada pendepositnya tentang prinsip istitha'ah atau kemampuan dalam menunaikan haji," katanya kepada pemberita semasa Program Rahmah Madani di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Putra, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Mohd Na'im menyerahkan sumbangan wang tunai bernilai lebih RM200,000 dan keperluan harian kepada 89 keluarga dari empat taman perumahan di kawasan Parlimen Tambun yang terkesan dengan kejadian ribut, bulan lalu.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ewangan-tabung-haji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.326497 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list