CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13561|Reply: 1

[Kedah] Warga emas maut ditemui dengan kesan jerut, kaki tangan diikat

[Copy link]
Post time 2-10-2023 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Warga emas maut ditemui dengan kesan jerut, kaki tangan diikat


Zuliaty Zulkiffli
[email protected]



GAMBAR hiasan




Baling: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dan lehernya dijerut di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan penemuan warga emas itu yang tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, rumah itu adalah jenis teres setingkat dan berpagar serta tidak mempunyai kesan pecah masuk.

"Si mati ditemui di atas katil bilik utama dan tempat kejadian tidak mempunyai kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

"Namun hasil pemeriksaan rakaman CCTV di rumah jiran mangsa mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek dipercayai keluar dari rumah berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, suspek tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian isterinya kira-kira lapan tahun lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat barangan mangsa yang hilang di tempat kejadian iaitu seutas rantai emas, sebentuk cincin yang dipakai dan dompet milik mangsa tiada.

"Hasil siasatan awal dipercayai berpunca bermotifkan samun namun siasatan masih dilakukan.

"Mayat kemudian dihantar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian ke atas lelaki warga tempatan itu," katanya.

Shamsudin berkata, bedah siasat akan dilakukan hari ini (Isnin) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat dan dapat membantu siasatan di minta menghubungi IPD Baling di talian 04-4708222 atau Pegawai Penyiasat Kes Asisten Superintendan Tan See Yean di talian 019-6687687 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 2, 2023 @ 12:09am








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2023 09:59 AM | Show all posts






Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa. - Foto PDRM



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.048150 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list