CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17544|Reply: 0

[Kedah] Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114

[Copy link]
Post time 1-10-2023 09:08 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114


Oktober 1, 2023 @ 8:59pm



Anggota bomba membersihkan lumpur akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang, Kupang, Kedah. - Foto ihsan bomba



ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 114 orang daripada 36 keluarga malam ini berbanding 408 orang daripada 136 keluarga, pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata setakat jam 8 malam hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar.

"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman menempatkan seramai 101 orang daripada 33 keluarga, manakala 13 orang daripada tiga keluarga berlindung di PPS SK Seri Gunung," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah yang dibuka pada Khamis lalu sudah ditutup sepenuhnya pada jam 6 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.054677 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list