CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17834|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kempen pencerahan literasi saham perlu diperluaskan ke sekolah - PM

[Copy link]
Post time 1-10-2023 09:00 PM | Show all posts |Read mode
Kempen pencerahan literasi saham perlu diperluaskan ke sekolah - P

[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 1, 2023 @ 7:58pm  [email protected]





KEPALA BATAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengadakan perbincangan bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk memperluaskan kempen dalam memberi pencerahan berhubung literasi saham di peringkat sekolah.

Perdana Menteri berkata, kefahaman mengenai amalan menabung perlu bermula di peringkat awal, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menyimpan pada masa hadapan.

Beliau berkata, tahap pencerahan maklumat dan kefahaman berhubung literasi saham itu bukan sahaja berlaku di Malaysia sebaliknya turut dialami negara-negara lain.

"Di sini, kita lihat kefahaman tentang keupayaan menyimpan atau menabung agak lemah dalam negara kita. Baru-baru ini saya baca satu laporan di London juga menunjukkan bahawa tahap pencerahan maklumat dan kefahaman di sana pun rendah.

"Orang simpan atau menabung ikut sentimen dan propaganda media yang tidak melihat kekuatan syarikat itu.

"Jadi rakan-rakan PNB pencerahan itu perlu dimulakan sejak awal kerana keyakinan integriti syarikat dan keupayaan mereka mengurus dengan baik rekod syarikat itu sekian lama dapat menarik orang untuk menabung," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines Bertam, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pencerahan penting supaya individu yang ingin menabung mengetahui maklumat yang cukup.

"Ini kerana kita tidak boleh membuat andaian orang menyimpan dan menabung atau orang yang terlibat dalam saham dengan sendirinya mempunyai maklumat yang cukup.

"Saya beri jaminan kepada Pengerusi PNB, kita boleh bincang dengan KPM supaya kempen pencerahan dapat diperluaskan ke sekolah dan mungkin tenaga PNB boleh melatih guru.

"Kemudian guru ini dapat memberi kesedaran tambahan kepada pelajar untuk memahami apa itu literasi saham," katanya.




Perdana Menteri berucap merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) di Setia Fontaines Bandar Bertam di Pulau Pinang. - NSTP/DANIAL SAAD

sumber







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2023 09:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.047336 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list