CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6332|Reply: 6

[Dunia] El Niño, larangan eksport beras India timbulkan kebimbangan jaminan makanan di Asia Tenggara

  [Copy link]
Post time 1-10-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

El Niño, larangan eksport beras India timbulkan kebimbangan jaminan makanan di Asia Tenggara
Berjuta-juta penduduk rantau itu bergantung kepada beras yang merupakan antara 50 hingga 70 peratus daripada pengambilan kalori mereka.
Shailaja Neelakantan
2023.09.28
Washington
sharethis sharing button
El Niño, larangan eksport beras India timbulkan kebimbangan jaminan makanan di Asia Tenggara
Seorang pekerja menggenggam padi yang tumpah ke tanah di sebuah kilang di wilayah Chainat, Thailand, 29 Ogos 2023.
[Athit Perawongmetha/Reuters]
Dalam kebanyakan bahasa Asia Tenggara perkataan "beras" digunakan untuk membawa maksud "untuk dimakan" atau "menjadi makanan" kerana ia adalah punca kehidupan di rantau itu.

Bijirin itu merupakan antara 50 hingga 70 peratus daripada pengambilan kalori penduduk Asia Tenggara dan rantau itu menyumbang sebanyak 30 peratus daripada hasil padi dunia.

Namun, makanan ruji itu semakin sukar didapati oleh berpuluh-puluh juta orang di Asia Tenggara kerana harga beras telah meningkat lebih daripada 40 peratus sejak akhir 2022.

Peningkatan itu dipersalahkan terhadap pengeksport utama beras, India, yang melarang penjualan bijirin itu di luar negara dan fenomena iklim El Niño pula menyebabkan pengurangan hasil tuaian.

Lingkaran harga itu boleh menjadi krisis sebenar jika ia berterusan berlaku, kata Joseph Glauber, seorang felo kanan di Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa di Washington.

"Di negara-negara di mana beras memainkan peranan penting dalam jumlah pengambilan kalori - dan ia terdapat dengan banyak di Asia Selatan dan Asia Tenggara, krisis sebenar akan berlaku jika harga beras akan meningkat dua kali ganda atau tiga kali ganda, jika dilihat dari aspek jaminan makanan," kata Glauber kepada BenarNews.

Pada satu ketika dalam bulan Ogos, larangan eksport beras bukan basmati India bermula dari 20 Julai menyebabkan harga beras putih hancur 5 peratus Thailand, yang menjadi penanda aras di Asia, melonjak ke paras harga tertinggi dalam tempoh 15 tahun – kepada lebih AS$650 satu tan atau 50 peratus lebih tinggi daripada AS$400 pada akhir November.

SEA-Rice-nasi-lemak (1).jpg

Sarapan kegemaran Malaysia, Nasi Lemak (kiri), set hidangan nasi bersama masakan lain termasuk Rendang Ayam yang dihidangkan di sebuah restoran di Subang Jaya, Malaysia, 3 April 2018. [Sadiq Asyraf/AP]

Harga menurun sedikit sejak Ogos tetapi dalam tempoh enam bulan hingga setahun akan meningkat kepada sekurang-kurangnya AS$700 hingga $750 satu tan, kata seorang penganalisis AS kepada BenarNews, sambil memberitahu bahawa lebih banyak tekanan akan menyebabkan kos itu mencecah $1,000 satu tan.

Sementara itu, kesan penuh El Niño dengan corak cuacanya yang ekstrem, tidak akan dapat dilihat sehingga akhir tahun atau awal 2024, menurut banyak pihak.

"Walaupun hasil pengeluaran menurun hanya 5 hingga 10 peratus, ia masih akan menyebabkan harga naik kerana itu adalah jumlah besar yang menjadi cakapan orang ramai," kata Glauber.

Warganegara Filipina Marie Angie Taalic, 29, ibu tunggal di Manila yang bekerja sebagai pembantu rumah dan tinggal di kawasan setinggan dengan 10 anggota keluarganya, sudahpun mengurangkan jumlah pengambilan makanan keluarganya kepada satu hidangan sehari.

"Harga beras benar-benar melambung tinggi sehingga kami hampir tidak mampu membelinya lagi," katanya kepada BenarNews.

"Dahulu, kami makan tiga kali sehari, namun kini kami hanya makan sekali sehari – ada masanya sebelum tengah hari atau lewat sedikit, makan tengah hari yang lewat."

SEA-rice-pic-2.jpg

Pekerja memunggah guni-guni beras yang diimport dari Thailand dari kapal kargo di Pelabuhan Malahayati di Krueng Raya, wilayah Aceh, Indonesia, 22 Jun 2023. [Chaideer Mahyuddin/AFP]

Larangan eksport India dipersalahkan

Inflasi beras di Filipina meningkat kepada 8.7 peratus pada Ogos berbanding 4.2 peratus pada Julai.

Bagi memerangi kenaikan harga itu, Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. pada 1 September telah mengenakan pembekuan harga beras biasa dan beras kisar halus masing-masing pada 41 peso dan 45 peso (72 dan 79 sen) sekilogram.

Filipina sepatutnya tidak terjejas dengan larangan itu kerana ia mengimport beras terutamanya dari Vietnam, yang pada 2022-2023 telah menyumbang sebanyak 90 peratus kepada barangan import.

Tetapi, akibat daripada larangan yang dikeluarkan India, pengimport global beralih kepada pembekal terbesar berikutnya iaitu Thailand dan Vietnam yang "melonjakkan sebut harga eksport mereka ke paras tertinggi sejak 2008," kata USDA dalam laporan "Grain: World Markets and Trade" (Bijirinasaran dan Perdagangan Dunia) pada September.

Harga beras yang dieksport dari Thailand dan Vietnam melonjak 20 peratus sejak larangan yang dikeluarkan India, lapor agensi berita Reuters pada 31 Ogos.

Dan, dengan kebimbangan El Niño yang melanda Asia Tenggara, pengeluaran beras di rantau itu mungkin menurun lagi, yang boleh menyebabkan harga bijirin itu menjadi lebih mahal.

Corak El Niño, yang dikaitkan dengan keadaan lebih kering berbanding biasa di kebanyakan negara Asia Tenggara, dilihat sama atau mendahului tempoh inflasi harga beras sejak tiga dekad yang lalu, menurut ulasan oleh BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions.

SEA-ri

Pemandangan sawah padi yang kering kontang semasa cuaca panas melampau di Indramayu, wilayah Jawa Barat, Indonesia, 25 Julai 2023. [Dedhez Anggara/Antara Foto/melalui Reuters]

Paras suhu yang mengatasi rekod sebelum ini telahpun memberi kesan kepada tanaman di Asia Tenggara, dengan harga beras terus melonjak walaupun di negara pengeluar beras Thailand iaitu kepada 14.5 hingga 16 baht sekilogram pada Ogos berbanding 13 hingga 14.5 baht pada tempoh sama tahun lepas.

Di negara seperti Vietnam dan Thailand, yang merupakan pengeluar utama bijirin itu, para petani hanya mampu menuai hasil padi yang lebih rendah berbanding biasa.

Pairat Puritang, seorang petani di wilayah Khon Kaen di Thailand, memiliki empat ekar sawah padi tetapi memberitahu BenarNews bahawa beliau tidak pasti sama ada dapat pulang modal pada tahun ini.

"erubahan iklim menyebabkan kami tidak dapat meramalkan hujan dan mengawal kos," katanya.

"Saya terpaksa menanam benih dua kali tahun ini kerana berlakunya kemarau."

Dan, kesan penuh El Niño masih belum dirasai.

Ia boleh dianggap "amat buruk" menjelang akhir tahun ini, menurut Elyssa Ludher dan Paul Teng dari Program Perubahan Iklim di Asia Tenggara di Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura.

"Dengan suhu yang lebih panas biasanya selepas tempoh kering, kemarau dan gelombang haba mungkin menjadi lebih kerap, bergantung kepada tahap peristiwa El Niño," menurut mereka dalam satu artikel yang ditulis untuk institut itu.

"Zon-zon penanaman padi utama akan mengalami kemerosotan dengan ia mungkin menjejaskan pengeluaran pada musim sejuk dan musim bunga," menurut penulis itu.

“Oleh itu, pengeluaran padi terutamanya pada musim sejuk dan musim bunga akan menurun akibat El Niño.”

SEA-rice-pic-5.jpg

Seorang petani sedang menanam padi di sawah pada waktu matahari terbenam, sama seperti kebanyakan petani di utara dan tengah Vietnam yang menanam dalam keadaan agak gelap semasa musim panas, Hanoi, 1 Julai 2023. [Nhac Nguyen/AFP]

Kemarau akibat fenomena itu dijangka mengurangkan hasil padi di Thailand sebanyak 5.6 hingga 6 peratus berbanding pada tahun lepas, menurut Jabatan Beras dan Pusat Penyelidikan Kasikorn. Penurunan itu diterjemahkan kepada pengurangan pengeluaran beras sebanyak 25.1 juta hingga 25.6 juta tan.

Pengeluaran boleh menjadi lebih rendah yang bergantung kepada kesan buruk El Niño, menurut laporan Kasikorn.

Enam minggu akan datang 'penting'

Peter Timmer, seorang profesor emeritus di Universiti Harvard, memberi nasihat berhubung dasar makanan dan pembangunan pertanian dengan pengkhususan dalam penstabilan harga beras. Sejak 1970-an, beliau pernah bertugas dengan Kerajaan-kerajaan di rantau Asia Tenggara iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam.

Timmer memberitahu BenarNews bahawa situasi bekalan beras mungkin menjadi lebih jelas selepas enam minggu akan datang, tempoh yang beliau anggap sebagai "penting."

“Pada masa itu, kita akan tahu bagaimana Indonesia dan Filipina dapat melalui krisis harga beras,” katanya.

"ada masa itu juga, kita akan tahu jika kesan El Niño akan berlarutan, yang boleh membawa kepada kekurangan bekalan yang berpanjangan dan lebih mendalam."

Glauber, dari Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa, berkata enam minggu akan datang, jika berlanjutan, juga akan memberi petunjuk tentang rancangan pengeluar beras yang besar seperti Thailand dan Vietnam.

“Dalam enam minggu akan datang, kita akan lihat sama ada ia keadaan menjadi baik, iaitu El Niño yang sederhana, musim tengkujuh biasa atau yang berakhir lebih awal,” katanya.

“Apa yang saya harap tidak berlaku ialah tindakan tambahan seperti India daripada pihak Thailand dan Vietnam. Itu boleh menyebabkan berlakunya beberapa kenaikan harga yang amat besar.”

Negara-negara seperti Indonesia, yang mempunyai penduduk paling ramai di Asia Tenggara, dan jirannya Malaysia, yang mengeluarkan beras tetapi turut mengimport kerana kedua-duanya tidak mampu menghasilkan beras mencukupi untuk keperluan rakyat, mengalami kesan daripada kekurangan pengeluaran akibat El Niño dan larangan eksport India.

Sehingga September, kos beras di Indonesia adalah 16 peratus lebih tinggi berbanding pada bulan yang sama pada 2022.

SEA-rice-pic-6.jpg

Seorang lelaki mengusung jualan ketupat beras, hidangan lazim bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan, di sebuah pasar tradisional di Bogor, Indonesia, 30 April 2022. [Aditya Aji/AFP]

Annah, 38, seorang suri rumah di Sukabumi, sebuah wilayah di Jawa Barat, terpaksa mengurangkan pengambilan protein untuk enam ahli keluarganya. Suaminya, seorang buruh kasar, hanya bekerja memasang bumbung keluli ringan dan selalunya tidak bekerja.

“Kami tidak boleh menggantikan nasi dengan makanan lain, kerana beras adalah makanan ruji kami. Kami juga tidak boleh mengurangkan pemakanan kami juga,” kata Annah, yang menggunakan nama itu sahaja, kepada BenarNews.

Di negara jiran, Malaysia, di mana 70 peratus bekalan beras tahunan ditanam di negara itu, orang ramai kini menghadapi masalah mendapatkan beras tempatan.

Ismail Salleh, pengerusi MADA, sebuah badan persekutuan Malaysia yang menyelia penanaman padi di seluruh negara, memberitahu BenarNews bahawa pengeluaran beras tempatan tidak terjejas akibat fenomena cuaca yang melampau.

Namun, beras tempatan sukar didapati di rak-rak pasar raya.

Mohamad Sabu, menteri pertanian dan keterjaminan makanan Malaysia, mengakui berlakunya kekurangan beras tempatan tetapi menyalahkan perkara itu kepada perbuatan pengguna menyimpan stok sehingga menyebabkan harga beras import meningkat sebanyak 36 peratus.

“Kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran seluruh negara berlaku akibat pembelian panik apabila pengguna beralih kepada beras putih tempatan berikutan kenaikan harga beras import,” kata Sabu kepada BenarNews.

SEA-rice-pic-7.JPG

Joki bersaing dalam festival perlumbaan kerbau tahunan Chonburi, di wilayah Chonburi, Thailand, 6 Ogos 2023. [Athit Perawongmetha/Reuters]

Tetapi Shahardi Abdullah, seorang pesawah padi di negeri Perlis, Malaysia, memberitahu cerita yang berbeza dengan menyatakan bahawa El Niño telah menjejaskan hasil tuaiannya.

“Sekarang sudahpun September dan saya masih belum menuai padi yang selalunya dilakukan pada Ogos. Kami lewat dua bulan kerana musim kemarau yang berpanjangan sehingga Jun,” katanya kepada BenarNews.

“Biasanya, saya boleh mengeluarkan dua tan bijirin pada setiap musim menuai, dan memperoleh kira-kira RM2,500 (AS$532), namun kali ini saya tidak pasti … mungkin kurang daripada sebelumnya.”

Beras adalah 'makanan orang miskin'

Sebelum pandemik COVID, pada 2018, lebih sedikit daripada 73 juta orang atau 11 peratus daripada hampir 654 juta penduduk di negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) hidup dalam kemiskinan yang teruk, menurut Oxfam, sebuah kumpulan pembasmian kemiskinan antarabangsa.

Seramai 73 juta orang itu tidak termasuk orang yang mungkin berada di atas garis kemiskinan tetapi lemah dari segi ekonomi, kerana Bank Dunia mentakrifkan orang yang berada di bawah garis kemiskinan sebagai hidup dengan belanja AS$2.15 seorang setiap hari. Dan berjuta-juta lagi menyertai paras itu semasa dan selepas pandemik ketika ekonomi bergelut untuk pulih.

Dengan jumlah sebegitu, inflasi beras di Asia Tenggara boleh membawa kepada masalah jaminan makanan yang serius kerana bukan sahaja ia merupakan makanan ruji di rantau ini, malah ia turut menjadi sandaran orang miskin bagi mencari rezeki, kata Timmer dari Harvard.

“Nasi adalah makanan orang miskin di Asia dan Afrika. Kenaikan harga beras akan menyebabkan kebuluran berleluasa,” katanya.

“Walaupun 10 peratus penduduk ASEAN miskin, namun kita bercakap tentang masalah yang serius … kelaparan yang ketara.”

Nontarat Phaicharoen di Bangkok, Tria Dianti di Jakarta, Ili Shazwani, Muzliza Mustafa di Kuala Lumpur dan Jojo Riñoza di Manila turut menyumbang kepada laporan ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Msia jgn risau...tak eksport beras..India eksport ramai dh  rakyatnya ke Msia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 1-10-2023 02:42 PM
Msia jgn risau...tak eksport beras..India eksport ramai dh  rakyatnya ke Msia...

Anney, punde kunji yillek!
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
X pe mcm yg ramai tulis kat FB..zikir je nanti ...jgn tkt... mat sabu pun relax je
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2023 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa pkp, pernah habis beras tempat aku, cuma yang tinggal beras wangi dan beras bashamati, tapi lepas kenaikan harga beras macam orang x makan beras sangat, aku simpan stock beras kt pasaraya jelah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2023 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
El nino.. perang..harga minyak.. inflasi.. satu dunia mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 1-10-2023 09:21 PM
dulu masa pkp, pernah habis beras tempat aku, cuma yang tinggal beras wangi dan beras bashamati, tap ...

Tinggal kat mana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.346901 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list