|
Gambar hiasan.
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun kepada 408 orang daripada 136 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 437 orang daripada 147 keluarga, malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain, berkata semua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Kota Setar.
"Tiga PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang menempatkan 274 mangsa daripada 93 keluarga, SK Seri Gunung (91 orang daripada 29 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Merah (43 mangsa daripada 14 keluarga).
"Air sudah semakin surut dan sekiranya keadaan cuaca kekal baik hari ini, semua mangsa akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
– BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... un-kepada-408-orang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|