CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4620|Reply: 0

[Perak] Warga emas maut, 9 cedera kemalangan

[Copy link]
Post time 1-10-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA penyelamat mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kemalangan dua kereta di Jalan Bukit Gantang dekat Kampung Sungai Jerai, Taiping hari ini. FOTO Ihsan Bomba.

Taiping: Wanita warga emas maut, manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Bukit Gantang dekat Kampung Sungai Jerai di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada 3.37 petang dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikejar ke lokasi.

"Kemalangan membabitkan kereta Honda City dan Perodua Myvi dengan enam mangsa terdapat dalam Honda City termasuk warga emas yang maut.

"Dia disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Turut cedera empat orang dalam Perodua Myvi," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, anggota menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan dan operasi tamat pada 5.45 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 9-cedera-kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.062716 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list