View: 2541|Reply: 9
|
Tiada Pertalian Darah, Mimi Lana Tetap Doakan Kesihatan Pengarah Din Glamour
[Copy link]
|
|
Pelakon Mimi Lana menyangkal dakwaan dibuat seorang pengguna TikTok yang mengatakan dia merupakan anak kepada pengarah Din Glamour yang sedang terlantar sakit di hospital.
Mimi atau Roziana Zainal Abidin, 28, bagaimanapun mendoakan agar urusan Din atau Sallehuddin Ridzuan diberikan kesembuhan daripada penyakit dihadapinya ketika ini.
"Walaupun saya tiada pertalian darah dengan abang Din tapi saya doakan Allah permudahkan segala urusannya. Semoga diberikan kekuatan serta kesembuhan untuk pulih seperti biasa.
"Mudah-mudahan, insya-Allah. Amin," katanya.
Mimi menjelaskan perkara itu menerusi ciapan yang dimuat naik di aplikasi X (Twitter) pada Sabtu.
Sebelum ini, tular sebuah video perkongsian mengenai Din yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang akibat sakit paru-paru berair dan sesak nafas.
Pun begitu, video tersebut mencetuskan tanda tanya apabila pengguna TikTok berkenaan mendakwa Mimi adalah anak kepada Din.
Dalam video itu turut memaparkan foto Mimi sedang menadah tangan berdoa dengan kapsyen merujuk pelakon itu anak kepada Din memohon doa peminat agar bapanya diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusan keluarganya.
Bagaimanapun tinjauan mStar mendapati pengguna TikTok tersebut menutup ruang komen pada video berkenaan.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Mata aq ttgk tulang selangka ML y pakai bju hitam to... |
|
|
|
|
|
|
|
Nama betul dia roziana macam mana boleh hidup dgn nama mimi? |
|
|
|
|
|
|
|
forum5290: Mata aq ttgk tulang selangka M ...
Macam pelik jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 30-9-2023 08:34 PM
Nama betul dia roziana macam mana boleh hidup dgn nama mimi?
Tertinggal la kot. Nama penuh dia mmg ada Mimi Roziana |
|
|
|
|
|
|
|
likilu replied at 30-9-2023 08:34 PM
Nama betul dia roziana macam mana boleh hidup dgn nama mimi?
Nama penuh dia MIMI ROZAIANA ZAINAL ABIDIN. Cuma aku curious LANA tu dari mana pulak. Gabungan nama mak bapak mcm ala2 senrose tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 1-10-2023 02:05 PM
Kahla replied at 30-9-2023 11:43 PM
Nama penuh dia MIMI ROZAIANA ZAINAL ABIDIN. Cuma aku curious LANA tu dari mana pulak. Gabungan nam ...
Maybe ambik nama hujung dia je kot, ANA tambah L jadi LANA.
Lawa gambar atas pakai baju hitam tu.
Semoga Sallehudin Ridzuan segera sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
mak dia dulu obess ngan roziana zain kah? hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
LembingDayanti replied at 1-10-2023 03:17 PM
mak dia dulu obess ngan roziana zain kah? hahahahaha
Kannn
Nm dh ala2 nm penuh kak gee |
|
|
|
|
|
|
| |
|