CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1781|Reply: 0

[Sabah] Warga emas rentung di dapur

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:09 AM | Show all posts |Read mode

Pasukan bomba memadam kebakaran rumah yang mengorbankan seorang lelaki warga emas di Kampung Melaliah, Sipitang. FOTO Ihsan Bomba

Sipitang: Seorang lelaki warga emas ditemukan mati rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melaliah di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mayat Wong Fook On, 66, ditemukan di bahagian dapur rumahnya selepas api berjaya dipadamkan anggota bomba.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang terus dikerah ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer menggunakan dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

"Setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak membakar rumah berkenaan sebelum kerja-kerja pemadaman segera dijalankan.

"Pasukan bomba terus melakukan operasi pemadaman menggunakan dua aliran sepanjang 91 meter dari sumber air dari tangki jentera bomba," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, operasi terkawal pada 8.05 malam dan terdapat seorang lelaki ditemui rentung di bahagian dapur.

"Mayat mangsa kemudian dikeluarkan dari lokasi kebakaran sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Turut terbakar sebuah kereta jenis Proton Iswara," katanya.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi ditamatkan pada 10.36 malam.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-rentung-di-dapur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.052275 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list