View: 10557|Reply: 32
|
Khidmat Areel Tak Diperlukan Studio Kembara - Penerbit
[Copy link]
|
|
Penerbit Studio Kembara, Shahruddin Mat Dali menjelaskan keputusan memberhentikan Areel Abu Bakar sebagai pengarah 'spinoff' filem Mat Kilau pada April lalu disebabkan khidmatnya sudah tidak diperlukan.
Shahruddin yang juga penulis cerita asal naskhah itu berkata dia ada hak berbuat demikian bahkan perbincangan mengenai keputusan berkenaan dilakukan secara baik.
"Saya yang 'approach' Areel sebab saya bahagian produksi kreatif. Dia mempunyai kebolehan dalam mengarah. Tetapi ada sebab-sebab tertentulah yang kami rasa jadi alasan untuk menamatkan khidmatnya sehingga hari ke-55 penggambaran.
"Sebabnya saya tak boleh dedahkanlah hingga masa yang sesuai untuk berbuat demikian kalau rasa perlu. Tapi cerita menghentikan itu memang betullah. Saya sendiri pun ada berbincang dengannya pada hari itu untuk menyatakan khidmat dia ditamatkan. Peguam saya pun ada. Kami sampaikan secara baik.
"Tak ada (konflik). Saya masih kawan dengan dia. Kita kena faham, dalam industri kreatif ini ia subjektif. Tapi saya sebagai pemegang karya, menulis cerita asal, saya rasa khidmat dia memang sampai setakat itulah. Ini semua berkenaan dengan karya," katanya.
Shahruddin juga tidak melihat tindakan itu satu isu besar dan biasa terjadi dalam mana-mana produksi.
Katanya Studio Kembara sentiasa mencari penyelesaian terbaik untuk kebaikan mutu filem mereka.
Shahruddin ketika Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersempena " Malaysia Digital Content Festival 2023 ", di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
" engarah urusan (Studio Kembara) sebelum ini pun pernah berkata kami hanya akan mengeluarkan filem yang bagi kami mutunya tinggi. Kalau mutunya tidak mencapai, tak keluar. Biasalah dalam industri untuk pasukan produksi pun yang mana kami terpaksa hentikan, kami hentikan.
"Termasuk pengarah tidak terkecuali. Itu normal sebenarnya. Bukan bermakna dia tidak bagus. Tetapi untuk karya saya, rasanya kami hanya perlukan khidmat dia setakat itu saja," katanya.
Berhubung dakwaan Areel bahawa dia sudah menunaikan hasil kerjanya iaitu sebanyak 90 peratus, Shahruddin berkata hal itu sebenarnya subjektif.
"Tapi sebenarnya selagi filem belum siap, kena tunggu filem keluarlah. Baru nampak berapa peratus sebenarnya. Tapi bukan 90 peratus hasil (arahan) dia yang akan menjadi karya kami.
"55 hari itu mungkin bagi dia sudah sampai ke 90 (peratus) tapi bila ditayangkan nanti barulah saya boleh sebut berapa peratus. Saya rasa saya paling layak bersuara mengenai hal ini kerana karya itu milik saya. Penilaian itu adalah penilaian saya," katanya.
Berkongsi perkembangan filem terbabit, Shahruddin yakin ia bakal ditayangkan pada tahun depan kerana proses menyiapkannya hampir selesai.
"Sudah sampai ke peringkat akhir iaitu pasca produksi. Ada sedikit lagi nak dirapikan pada bahagian hujung. Saya harap insyallah kami dapat tayangkan secepat mungkinlah. Tahun depan itu pasti," katanya.
Terdahulu, Areel memaklumkan dia masih menantikan berita atau penjelasan daripada pihak Studio Kembara selepas namanya digugurkan daripada produksi pada April lalu.
Dia juga ingin meminta jawapan mengenai pengugurannya sekiranya pihak produksi itu masih ingin menggunakan bahagian yang terkandung hasil kerjanya iaitu sebanyak 90 peratus.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Cara ckp mcm Studio Kembara dah byk buat filem.. Mat Kilau tu bukan 1st time depa ke?
Bakalan flop kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi baru first film & terus box office dah berlagak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermm... Jangan nanti next movie flop |
|
|
|
|
|
|
|
kashaz: Cara ckp mcm Studio Kembara da ...
'kita hanya keluarkan naskhah terbaik'.. mat kilau tu je la yang terbaik setakat inneyyy.[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mendongak langit je..kata shooting da habis betul la tu 90% kerja dia sapa xhangin..aku rasa mat kilau box office ritu pun atas nasib je..lama xdpt nengok movie n berkumpul kut |
|
|
|
|
|
|
|
It's all about me, me, me..baru sekali keluar filem terus berlagak |
|
|
|
|
|
|
|
Areel pun dah pergi macam2 film festival kat luar dengan walid. Studio kembara who? |
|
|
|
|
|
|
|
Npd btul penerbit ni. Da tak psl menyusahkn semua org. Japgi org boikot movie ko baru tau. Agaknya pelakon2 pun menyesal terima offer dia ni. Jgn kata nk amik sol blk. Abis la begegar movie dari mula smpai abis. Tu blum lg dialog gerak khas+KL gangster versi pahlawan melayu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ketupatnasi at 30-9-2023 10:53 AM
MK tu letops sbb msa tu khalayak tgh dahaga cite2 patriotik. Bukanlah sebab kualitinya sgt. Businesman mmg la kena opportunist..lagi2 yg who r yuss kayak lhoooo! Tayah ckp jatidiri la semangat la tanggung jawab la. Period!
Tgk masa cite seram mendonia. Suma pakat buat cite seram...hujong2 ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Amboi...baru berjaya sekali kemain bongkaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiii berlagak betul mamat ni kan...
Mentang filem mat kilau tu letops kutipannya, dah eksyen rope gini.
MK tu nasib jer bertuah gitu, sebab baru abes pkp masa tu, orang berebut nk tgok wayang.
Perangai berlagak acah2 dah buat filem banyak jer |
|
|
|
|
|
|
|
Yakinnya kamu,, x padan dgn tua |
|
|
|
|
|
|
|
Dari statement pun kita dah tau dia ada masaalah dengan Areel.. muka dah la berlagak.. yer betul MK tu biasa cuma dah lama tak tgk filem bergenre begitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skyline_84 at 30-9-2023 02:56 PM
berlagak betul cara cakap pakcik ni." rasa saya paling layak bersuara mengenai hal ini kerana karya itu milik saya. Penilaian itu adalah penilaian saya," katanya.
. smoga flop la next movie hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang movie prekuel kan? Siapa yang jadi mat kilau ye? |
|
|
|
|
|
|
|
ketupatnasi replied at 30-9-2023 10:52 AM
MK tu letops sbb msa tu khalayak tgh dahaga cite2 patriotik. Bukanlah sebab kualitinya sgt. Businesm ...
Sebab baru okay sikit dari covid plus rakyat dahagakan hiburan. Masa tu konsert pun semua tiket jual tak sampai dua tiga jam dah sold out. Kalau tayang sekarang takdenya dapat sampai macam tu dengan skrip hauk filem pun biasa biasa je kamera bergegar je lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
Bonus mk dah bagi ke belum... |
|
|
|
|
|
|
|
Ting tong agaknya studio ni...
Mesti lah kira 90% hasil kerja sblm filem siap... Orang kerja siang mlm shot...Nak handle pelakon2 lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
|