View: 8360|Reply: 6
|
Lima Polis Antara Ditahan Berhubung Dakwaan Culik
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Enam lelaki termasuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan berhubung dakwaan menculik penganggur dari kedai makan di Desa Petaling, di sini Selasa lalu.
Mereka berusia antara 27 hingga 42 tahun ditahan kelmarin dengan lima daripadanya adalah anggota dan pegawai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 26 tahun pada 5.48 petang hari kejadian.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras membuat tangkapan ke atas enam lelaki tempatan.
"Lima daripada enam suspek yang ditahan merupakan anggota dan pegawai PDRM, kesemuanya ditahan di IPD Cheras," katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu tular di media sosial berhubung beberapa anggota dan pegawai polis yang bertugas di sebuah balai polis sekitar ibu negara didakwa terbabit dengan sindiket judi haram.
Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan dakwaan yang dikongsikan menerusi Telegram berkenaan.
Mengulas lanjut Zam Halim berkata motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berhubung kes itu.
"Siasatan terperinci sedang diteruskan dan kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Seksyen 365/ 342/ 323 Kanun Keseksaan. Kesemua suspek direman sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sumber tele
*Assalamualaikum wbt*
YDH Tuan KPD Cheras,
YDH Tuan T/KPD Cheras,
*MAKLUMAN KES (1)L/CINA KENA PUKUL DENGAN ANGGOTA POLIS*
*1) Laporan Polis*
Salak/SB Rpt: 6128/23
Tarikh@masa: 26/09/2023@1748hrs
*2) Tempat Kejadian*
- BALAI POLIS SALAK SELATAN BARU IPD CHERAS K.L
*3) Klasifikasi:*
-Sek: 365kk,342kk,323kk
-IO :ASP Wan Razzo
*4) Pengadu*
Nama: Dareen Ng Beng Chun
Kp: ××××××-××-××××
Umur: 26 Tahun
Pekerjaan: Penganggur
No Telefon :010××××××××
*5) Fakta Kes*
Pada 24/09/2023 jam lebih kurang 0345 hrs semasa berada di Kedai Makan Desa Petaling 57100, Kl telah dibawa ke Balai Salak Selatan Baru Oleh (5) lelaki melayu yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang menaiki kereta jenis Proton X70 (VFK1474). Setelah sampai di balai polis tersebut saya dibawa masuk kedalam satu bilik dimana dalam bilik tersebut terdapat majikan lama pengadu bernama Chin Kok Yoong sedang menunggu pengadu.
Sebelum ini semasa pengadu masih lagi bekerja dibawah majikan saya itu, majikan saya menuduh saya menggelapkan wang kedai sebanyak RM13,500.00 yang mana kedai tersebut adalah kedai mesin judi dan meminta pengadu untuk membuat ganti rugi. Pengadu telah membayar dengan jumlah sebanyak RM3,500.00. Semasa didalam bilik tersebut, majikan pengadu menyuruh pengadu untuk membayar sebanyak RM50,000.00 sedangkan baki yang perlu dibayar hanya tinggal RM10,000.00. Pengadu juga dipukul dengan menggunakan objek pada bahagian lengan sebelah kiri lalu mengalami kecederaan pada lengan kiri pengadu kemudian majikan pengadu mengambil kad pengenalan pengadu sebagai cagaran untuk membayar wang tersebut.
Tujuan pengadu buat laporan untuk siasatan dan tindakan dari pihak polis.
*6) Tindakan Polis*
-SIO bersama team JSJ Cheras telah buat tangkap keatas (5)l/melayu termasuk KPB Salak Selatan Baru(Insp Khairul Asraf) dan anggota taskforce balai ssb berserta (1)l/cina bersangkut Cheras rpt:26337/23.
*Sekian, Untuk Makluman YDH Tuan* |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat tauke judi guna polis untuk kutip hutang bisnes haram depa !!
Polis jadi barua kpd tauke2 judi ni sebab dibayar lumayan !!
Bangsat !! |
|
|
|
|
|
|
|
tak pelik..polis kt malaysia ni dah 2x5 macam penjenayah...
tutup je la PDRM ni...rata2 bersekongkol |
|
|
|
|
|
|
|
Laju betul. Xsempat es selongkar dh keluar |
|
|
|
|
|
|
|
Rasuah & takde integriti itu pilihan. Bila fmdah kena tangkap, padan la muka. Nak sangat makan duit haram. Padtu nanti besarkan anak2 pun dgn duit haram. Tu yg perangai haram jadah menurun ke anak2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|