CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9023|Reply: 0

Aiman berkobar tunjuk belang di halaman sendiri

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:46 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Nur Aiman Rosli. FOTO ASWADI ALIAS

Melaka: Pelumba skuad kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli tidak sabar untuk memulakan perlumbaan peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Muar ke Seremban 2 sejauh 123.8 kilometer (km) esok kerana ia bakal dimulakan di tempat kelahirannya.

Menurutnya, Muar bukan asing buatnya memandangkan Bandar Maharani Bandar Diraja adalah tempat kelahirannya sebelum membesar di Tangkak, Johor.

"Saya mengharapkan warga Muar dan sekitarnya untuk sama-sama hadir memeriahkan LTdL 2023 selain memberikan sokongan padu terutama kepada pelumba Malaysia yang beraksi kali ini," kata pelumba berusia 24 tahun itu.

Pada peringkat keenam dari Karak ke Melaka sejauh 174.5km hari ini, Aiman menamatkan perlumbaan di tempat ke-16 sekali gus dinobatkan sebagai pelumba terbaik Malaysia.

"Esok bermula di kampung halaman di Muar. Harap orang kampung di Muar, Tangkak dan sekitarnya dapat hadir untuk melihat pelumba negara dan menyokong Le Tour de Langkawi," kata Aiman.

Aiman berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik dalam perebutan mata di zon pecutan yang ditawarkan, apabila menduduki tempat ketiga pada zon pertama di Pelangai, sebelum berada di tempat kedua di zon kedua di Batu Kikir dan pertama di zon ketiga di Kuala Pilah.

Selain itu, Aiman turut meraih mata di zon pendakian dengan berada di tempat kedua di Gapoi dan Luak Inas.

"Perancangan saya memang nak melarikan diri daripada peloton dan cuba kutip apa yang boleh memandangkan harapan untuk mengejar jersi sudah pun jauh," kata Aiman.

"Perancangan adalah untuk kami saling berganti-ganti dalam melakukan serangan.

"Walaupun sudah jauh untuk memburu jersi tetapi kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk pasukan Malaysia. Kami akan cuba cari mata di zon pecutan ataupun pendakian, itu sahaja yang boleh dilakukan pada masa sekarang selain mencari kemenangan peringkat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -di-halaman-sendiri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.439414 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list