CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8854|Reply: 0

[Perak] Media perlu contohi keperibadian Zaid bin Thabit

[Copy link]
Post time 28-9-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Zaini (kiri) bersama isterinya selepas menerima Anugerah Zaid Bin Thabit (Tokoh Anugerah Media) pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak. FOTO L.Manimaran

Ipoh: Pengamal media khususnya yang beragama Islam perlu mencontohi keperibadian sahabat Rasulullah SAW iaitu Zaid bin Thabit terutamanya dalam membuat laporan lebih tepat kepada masyarakat dalam usaha mengekang penyebaran berita palsu.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata selain untuk membantu kerajaan media turut membantu sesiapa saja dalam menyalur atau memperoleh maklumat tepat.

Katanya, apa saja yang hendak disiarkan menerusi laporan media hendaklah mengambil iktibar semangat Rasulullah SAW dan sahabat baginda terutama dalam aspek 'tabayyun' iaitu sikap semak atau periksa sesuatu perkara terlebih dulu sebelum menyebarkannya bagi memastikan laporan itu tepat.

Justeru, rujukan sumber maklumat berita itu hendaklah dipastikan tepat, apatah lagi mengelak dari sengaja mereka atau menambah cerita bahkan membuat cerita palsu sebagaimana yang sedang berleluasa melanda masyarakat sekarang.

Beliau berkata, selain sebagai penulis semula wahyu atau al-Quran, Zaid bin Thabit juga menulis surat-surat kepada Nabi Muhammad SAW yang ketika itu juga sebagai ahli politik atau pemimpin Islam kepada negara-negara lain selain dari Madinah.

"Jadi inilah peranan Zaid bin Thabit yang saya rasa ianya mempunyai persamaan dan bertepatan jugalah dengan peranan wartawan atau pengamal media yang juga menulis bagi pihak pemerintah selain menulis untuk masyarakat dengan menghebahkan laporan berita.

"Zaid bin Thabit sebagai seorang yang mendapat kepercayaan penuh dari Rasulullah SAW menjadi penulis wahyu atau penulis al-Quran dan surat-surat baginda, sudah pasti beliau menulis hanya kisah-kisah yang benar yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.

"Jadi begitu jugalah peranan kita sebagai pengamal media arus perdana sekarang ini yang mesti memastikan sesuatu berita itu tepat supaya sekurang-kurangnya kita dapat mendidik masyarakat dengan memberitahu mereka perkara benar, yang secara tidak langsung berperanan menolak penyebaran berita palsu yang kini berleluasa dan menjadi fenomena agak menggerunkan.

"Media arus perdana pada asalnya harus memainkan peranan yang sepatutnya supaya apa yang kita buat sekarang adalah menurut ajaran Islam," katanya ketika ditemui ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023M Peringkat Perak di Hotel Casuarina, Meru Raya, di sini, hari ini.

Ahmad Zaini, 59, merangkul anugerah Tokoh Pengamal Media yang dinamakan sebagai Anugerah Zaid bin Thabit sempena sambutan itu dengan penghargaan itu disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang berkenan berangkat ke majlis sambutan bertemakan 'Rasulullah: Mengungguli Peradaban Umat' itu.

Katanya, penghargaan yang diterimanya secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan pihak kerajaan yang bukan semata-mata hanya terhadap dirinya malah lebih besar da'i itu iaitu pengiktirafan kepada peranan dan fungsi media khususnya media arus perdana di negara ini.

"Saya berpendapat anugerah sebegini sesuai dan wajar disediakan kerajaan negeri kepada pihak media yang secara tidak langsung menunjukkan suatu pengiktirafan kepada pengamal serta agensi media yang banyak melaporkan atau berkongsi maklumat tepat dan benar kepada masyarakat.

"Dan saya rasa anugerah ini sebenarnya bukan hadiah atau anugerah untuk diri saya sendiri, tetapi lebih kepada pengiktirafan terhadap industri media itu sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ian-zaid-bin-thabit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:15 AM GMT+8 , Processed in 0.840053 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list